CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 24, 2008

Lauk Apa Hari Nih?? Sempoii.....

Isk!! Aku tengok balik title aku taruk untuk blog ari ni tetiba jer aku teringatkan kes si AC Mizal. Tak baik tau mamat nih. Sebab ex dia, Shafnie, skang tengah fight kat court untuk claim tunggakan nafkah anak total dari dulu sampai sekarang dah sampai RM50K!! Giler banyak tuh. Tapi AC claim kata dulu memang dia tak bayar sebab susah. Tapi sekarang, dah bayar dah. Sebulan RM300. What the heck??? RM300 jer..?????? Untuk 2 orang budak??? Giler hape dia nih. Aku yang takde anak ni pun leh budget RM300 tu memang tak cukup la nak buat bayar duit keperluan bebudak. Especially bebudak tu tengah nak membesar. Mana nak bayar tuition lagi, bas skolah lagi, makan pakai lagi, isshh...sengal punya AC. Mentang-mentanglah dah kaya..siap leh cakap kalau dia bukan orang yang baik, tuhan takkan murahkan rezeki yang banyak kat dia. Helloww..ko penah dengar terma ISTIDRAJ? Go figure http://www.melayu.sg/forum/index.php?topic=2011.0 . AC AC. Aku sangka ko bodoh, memang ko bodoh. Aku selalu baca update dan komen orang dalam forum cari pasal mangkuk ni dan memang rata-rata orang dok kutuk dan kutuk dan kutuk dia. Latest, dia baru bukak restoran kat Cheras...dengan bangganye dia kata modal dia bukak sampai RM300K!! Lagi la bongok bin bebalnyer mamat nih..Pastu ada lak pic tunjuk AC dan Emilia depan kedai tengah celebrate launching kedai baru tu siap si Emilia pegang beg LV yang besar (dan bughuk...aku tak penah minat LV...macam beg orang tua)...amboi amboi...ada lak duit banyak belikan bini baru beg LV ek? Pastu ada gak gambar AC bagi duit raya kat bebudak tahfiz yang datang dia jamu kat kedai tuh...siap AC senyum lagi hulur angpau raya (mesti dia rasa photo op untuk publisity...yela...charitable la kunun...bueekkk!!). Time aku tengok pic tu, sayu je aku dok tingat kat anak-anak Shafnie. Aku harap sangat Shafnie menang kes dia. Saper lagi nak tuntut hak bebudak tu kalau bukan Shafnie sendiri. Sian la bebudak tu ada ayah cenggitu. Lelaki macam AC ni seharusnya di ajar sikit. Pandai buat anak, tapi tak pandai jaga. Seingat aku, ustaz penah cakap yang ada 3 benda dalam dunia ni yang takan putus walaupun kita dah mati. Pertama, sedekah jariah. Kedua, ilmu yang dimanafaatkan dan ketiga, DOA ANAK-ANAK. So ingat AC, walaupun ko dah tak kawin ngan Shafnie, tak semestinya hubungan ko ngan anak-anak ko terputus. Selagi diorang belum 18 tahun, makan pakai tanggung budak-budak tu masih dibawah ko despite Shafnie dah kawin lagi ke tak. Anak-anak ni amanah Tuhan. Jangan sampai one day, bila anak-anak tu dah besar dan berjaya, kenang balik macamana ko anggap diorang macam sampah dulu dan tak nak mengaku ko ayah dan paling teruk curse u till u die...haaa....saper mau jawab? Ko jawab la sindiri AC.....


Ekeleh mamat nih...zakat anak-anak tahu ni (dan sebelum-sebelum gak) dah bayar ke blom? Jangan la nak pandai tunjuk gigi senyum melebar depan reporter karatz berlakon konon ko tu compassionate sangat. Apa peribahasa tu cakap, anak kera di hutan di susukan, anak di rumh dilupakan...cenggitu la bunyik nyer...


Emilia ni poyos to the max. Dah la gemuk (isk...nipis pahala posa aku ari nih). Dengan beg dan sandal LV nyer (aku bukan jeles hokay, tak penah minat LV tau). Aku just tak suka orang jahat.



The face looks so vile and hideous. The smile of a con man and a stewwwpiddddd human being to ever lived on the history of this planet!!! Benci aku ngan kau AC. Aku benci laki yang tak BERTANGGUNGJAWAB. (pics credit to murai.com)
Okay, cool it girl. Pepagi dah naik sikit aku punya perasaan. Bukan apa, aku ni compassionate punya manusia (har har har). Eh betul, Papa cakap aku punya emotion macam roller coaster. LK pun cakap aku ni extremist. Semua on the edge. Whatever la. Oh ya, kita update ya apa mamam buka puasa. Sekarang ni semangat memasak dah menurun :( sebab jarang masak. Hari Isnin hari tu kitorang buka puasa kat Dewan Perdana Felda. Hari ni lak kat Saloma. Semalam takde jemputan, so kita jemput diri sendiri kat umah la :P . Aku masak apa? Sangat sempoi tapi sangat best (best bagi aku la, tatau la orang lain). Sardin ngan goreng telor dadar ngan goreng ikan ngan goreng ayam. Lama tul tak makan sardin. Kalau bukan bulan puasa, aku selalu akan amek lauk sardin bila tapau nasi campur kat pulau. Makan ngan nasi panas, taruk kicap skit....pergghh....


Taruk kuah banyak sikit...cili api sikit...yummyyy......



Sardin kena couple ngan telor dadar panas yang lembik sikit kat tengah dia...walauweh...



Pastu ada lak goreng-goreng yang rangup-rangup ikan selar kuning...



Cakoi ni wajib la time berbuka. Tapi aku dah evolve sikit...beli cakoi kaya dan kacang (ghuper yang bulat tuh..) sedap wa cakap lu...

Monday, September 22, 2008

'My New House!! Woohoooo!!!!' - LK (Helloww..apa ni woohoo woohoo...cakap apa?) 'Alhamdullilah...' - LK

Hari Ahad pagi LK ajak gi umah baru dia cuci mop bagai sebab orang furniture nak datang pagi tu. Plannyer malam Sabtu tu nak pegi qiyamulail kat As-Syakirin KLCC tapi sebab takut terbangun lewat, so kitorang decided pegi next weekend. Rancang gerak ke Batu Caves dalam kul 8am. Tapi...last-last kitorang punya tido lepas Subuh sudah terbabas ke pukul 10am. Arghhh!!! Lewatnyer...Terus kelam kabut get ready dan shoot ke sana cecepat. Sampai je terus gi kedai beli mop, pail, penyapu, dust pan, etc etc dan terus cuci dan cuci dan cuci dan cuci. Wuihh!!! Penatnyer...tengah puasa lak tuh. Tapi LK takde sikit pun complain sebab tengok dia happy jer...yela, orang dapat umah baru...senyum sampai ketelinga. Ngam-ngan kitorang siap, furniture pun sampai...nasib baik derang pun sampai lewat..pasang-pasang dan by kul 4pm umah pun dah nampak macam umah. To celebrate, malam tu kitorang buka puasa kat kedai tomyam favourite aku kat Selayang... bessttt....

View dari master bedroom...leh nampak MRR dan bodyguard kuning itewww...muehehehe...

Bilik air ni tak cuci lagi waktu ni.

Master bedroom
Living area

Kitchen tempat LK bakal masak kari dhalnyer yang dulu janji manis nak masak tuk aku tapi sampai sekarang tak buat-buat. Nah amek...dah ada dapur sendiri kan...now u cook for me ya laling...?

Dining area. Muker penat dan pancit...nasib baik la dia tak tempted nak buka puasa...suspen gak aku :)

Second room waktu furniture dah masuk.

Master bedroom
So, the next question now is which house to stay?

Saturday, September 20, 2008

Garden Impiana Mama

Hari Sabtu aku lepak Keramat sebab LK kerja whole day. Waktu aku sampai dalam pukul 10.30am, Mama gi ngaji. So aku lepak je la dalam bilik dia sambil surfing internet. Mira tengah tido lagi. Pastu aku dengar bunyi kereta. Mama dah balik. Beratnyer la bontot aku nak bangun terus je la surfing. Masuk je bilik Mama jerit kat aku "Kakak!! Tengok nih!!!" Happy betul dia, aku tengah blur tatau pebender. Pastu dia tunjukkan majalah Impiana...hmmm..this looks very familiar...wah! Garden mak aku masuk magazine seh. Bangga tul dia. Cover page lak tuh. Ni harus di frame nih.


Hari ini dalam sejarah. Issue October 2008

P/S : Typo error Karangkraf.. nama mak aku dan jenis kediaman...apa daa...

Wow! Glossy pages.


Vogue the vass nyer Cik Bada nih...

Dam Dam Dum! Bunyi Mercun...

Yarabbi!!! Saper lah yang empunya bunga api dan mercun nih? Banyaknyer...macam nak buat berniaga jer...? Ssshhhh....can you keep a secret? You can? Good, so can i :P


Bak kata astro...macam-macam ada...


Ada thunder clap, naga, telor besar, telor kecik...


Das ngan satay ngan asap pun ada...untuk keterangan lanjut, sila hubungi 01..alamak, terlebih sudah. Hehhehe...

Thursday, September 18, 2008

Nasi Bukhari Gitewwww....

Semalam untuk bukak puasa aku try masak nasik bukhari ayam rempah dan inilah hasilnya...tadaaaa!!!! Sedap tauu...sehingga menjilat jari....yummyy......

Acah jer...ni aku beli kat pasar dato keramat daa....hehehheh...semalam aku tak larat nak masak sebab selsema. Aiyoo..kalau kena selsema waktu bulan puasa...masyaAlah...SEKSA nyer...dugaan besar...dah la takleh minum air milo...takleh makan ubat...Aircond lak full blast tak membantu keadaan. Aku rasa bengap kepala hotak. So, cakap ngan LK aku tak larat masak...beli je food kat pasar dan yang sewaktu dengannya. Oh ya, kalau dah gi Dato Keramat tuh, benda wajib ialah cakoi. Bestt...Tambahan, aku lately ni macam malas je nak masak sebab the past few days ni pun kitorang asyik buka kat luar. Hari Isnin aritu buka kat Islamic Arts Museum...sedap pekena middle eastern food. Hari Selasa lak kat Crown Princess. Hari ni karang kat Legend. Monday kat Dewan Perdana Felda lak. Alhamdullilah...dapur umah tak berasap :P

Mama semalam call sebab dia worry lama lak aku tak call dia. Lufer lak aku..Hari ni kul 2pm Papa pegi Mekah seminggu ada projek ngan geng-geng dia. Bukan buat umrah ke hape tapi ada projek apa tah aku pun tatau. Papa remind aku suh teman Mama from time to time. Tu yang ingat Sabtu ni nak buka puasa kat Keramat la. Hari Ahad lak tatau lagi sebab LK dah dapat kunci umah dia...ajak aku gi sana mop cuci bagai sebelum furniture masuk. Sonok tul dia. Aku actually dah ingat-ingat lupa lay-out rumah tu. Keta LK pun maybe akan dapat sebelum raya. Big boss cakap, once Alex balik dari cuti je diorang akan proceed register keta tu. So, tahun ni LK raya sakan la noo....

Tuesday, September 16, 2008

Si Game Boy

Tengok la rupe laki aku tengah main game. Ni la keje dia tetiap hari sementara tunggu aku masak lauk berbuka puasa. Sebab kaki dia panjang, dia terpaksa duduk gitu...bih kurang macam cangkung. Tapi dia kata dia selesa. Mulut terbukak sikit sebab tengah menghayati game. Dia kalau tau aku upload gambar ni dalam blog, dia mesti bengkek. Larikkk!!!!!!! :P

Monday, September 15, 2008

Makna Bacaan-Bacaan Dalam Solat

Sekadar informasi makna bacaan-bacaan dalam solat
Rukuk
Subhaana rabbiyal azhim
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung

Sujud
Subhaana rabbiyal a'la
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi

Duduk Diantara Dua Sujud
Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii, wa'fu'annii
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupilah aku, angkatlah derajatku, ber rizqilah aku, tunjukilah aku, sehatkanlah aku dan maafkanlah segala kesalahanku

Bacaan Tahiyyat
At tahiyyaatu lillaah, wash shalawaatu waththayibaatu
Semoga kehormatan untuk Allah, begitu pula segala do'a dan semua yang baik-baik.

Assalaamu'alaika ayyuhan nabiyyu wa rahmatullaahi wa barakaatuh
Salam sejahtera untukmu wahai para Nabi, dan rahmat Allah serta barakah-Nya.

Assalaamu'alainaa wa'ala ibaadillahis shaalihiin
Salam sejahtera untuk kami dan untuk para hamba Allah yang saleh

Asyhadu anlaa ilaaha illallaah, wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuuluh
Aku bersaksi bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahwa sesungguhnya Muhammad adalah hamba Allah dan Rasul-Nya

Allaahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'alaa aali Muhammadin, kamaa shallaita 'alaa Ibraahim wa'alaa aali Ibrahim, wa baarik 'alaa Muhammadin, kama baarakta 'alaa Ibrahiima wa'alaa aali Ibraahima, fil 'aalamiina innaka hamiidun majiid.
Ya Allah, berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia.