CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 31, 2011

Tuesday Morning...

Tuesday morning what a beautiful day today. pagi ni dah hantar Lapoo gi taska. hopefully she's gonna be fine there today. no worries la tracy jaga ok punya, insyaAllah. so far aku takde complain dgn taska tu. jaga elok, bersih dan Lapoo pun happy duduk sana byk kawan dan byk belajar. sakit tu adat la bila hantar taska. tapi so long bukan selalu sgt, kira alhamdulillah...


hari ni aku puasa. first day should be a bit hard so praying for strength to proceed. aku ni sesambil blogging ni kepala otak ligat pikir nak karang ayat utk satu problem yg sgt problematik dlm mailbox email aku. hmmm...hmmm...ok la nak tulis email tu. pastu nak buat framework agreement yg mamat tu minta smalam. then satu renewal, beberapa TAs utk approve, email facilities yg belambak nak kena reply, bla bla bla...

Monday, May 30, 2011

Nape Takleh Upload Gambar?

Naper takleh upload gambar? heran heran...btw, aku ngantuk weh...takde tenaga sbb tak breakfast. niat pagi tadi nak puasa whole week ni, then liha email ckp nak belanje Stefan lunch ni sbb hari ni dia last day...esok dah nak balik germany...aku baru tingat sbb last week lagi liha dah prompt aku dah. aku je lupa terus puasa hari ni. so aku kansel la puasa hari ni. esok ganti balik. boleh gitu? takpe, niat aku nak meraikan pemergian kawan...

Sunday, May 29, 2011

Sorry La Tapi Tak Bagus...

Sorry la tapi tak bagus ubat klinik doctor kembar LK tu. Demam Lapoo tak baik bebetul dari jumaat lps, mlm td temperature mencanak naik ke 38.6 bikin aku panik. Waktu bday party Eva mlm tu ok je, otw balik umah je trus panas. Aku tak bagi ubat klinik gombak tu. Aku bagi ubat last week klinik dr andi (gynea dulu) dan lepas dlm kul 4 am gitu terus surut sampai lani, alhamdulillah. Kalau ikut ubat gombak tu sure dok on of on off. Maybe dia tak serasi dgn ubat gombak tu kot. So not going there next time la.

Friday, May 27, 2011

Lapoo Demam...

Lapoo demam hari ni..smalam amek dari taska aku rasa apasal mcm panas je kepala dia. LK kata maybe sebab baru bangun dari tido kot. aku tgk dia pun tak berapa nak aktif sgt. duduk je. pastu pegang2 tgn aku. slalu kami berdua ni suka bergaduh. aku buli dia. dia pun buli aku. aku sakat dia. dia pun sakat aku. tp semalam dia cam clingy skit kat aku. tanak kat LK langsung. bwk gi klinik dekat gombak. first time gi sini klinik india. masuk je semerbak bau kemeyan sembahyang india. bau yg sangat familiar sbb jiran sebelah kami pun india jugak slalu bakar kemeyan ni waktu maghrib dan pepagi waktu derang sembahyang. ye la, kami kan dah jadi warga BC ramai la org india sana sini. dulu kat cheras ramai chinese. sebelum tu setiawangsa ramai melayu. wow, sumer dah merasa la. pasni mana pulak? german chewahhh...hehehe...anyway, berbalik pada citer klinik india tu, namanya klinik sri gombak (kot, aku pun dah lupa). very old skool indian klinik takde la moden sgt tapi sgt sgt bersih. dia punya doktor sorang ajer, nama apa aku lupa. doktor lelaki yg sgt sgt sgt uncanny muka mcm LK! serius i tell u. LK dah la skrg sejak dok BC dah start dok bela misai jambang bagai. doktor tu pun ada misai ngan jambang gak tapi dah putih skit sbb dah berumur. dia punya clothing style, ckp style, order style, body style sebijik mcm LK tapi version tua. no nonsense talking straight to the point, expected org to obey ur order jgn degil nnt kena bebel, mmg sama. LK pun tak ckp byk dlm bilik tu. keluar je, LK ckp kat aku "good doctor. we stick to him." hmm..aku dah agak dah...so berbalik pada citer sebetulnya, Lapoo pun disahkan oleh doktor kembar LK tu mcm baru nak start simptom demam. amek ubat kasi makan tapi pagi tadi bangun mcm suam skit so takde la nak hantar dia ke taska hari ni. sebabkan aku ada 3 meetings sebelah pagi, aku takleh amek EL. LK lak nak gi tengok kedai kat melaka. so kebetulan tok mum takde kelas ngaji hari ni, minta tolong tok mum jagakan. ok la sbb kalau ikut history Lapoo ni sesiang demam tak baper naik sgt. bila midnite je. tapi aku rasa gak bukan jenis demam panas gitu. ni mcm demam selsema batuk. sebab dok terbatuk-batuk dari pagi tadi. hidung pun basah jugak. sian Lapoo. mujur dia suka minum air masak. kena bagi byk2 utk dilute kan kahak. dan turunkan suhu badan. hopefully dia recover dan badan kuat sikit utk bday party eva mlm esok. which reminds me, karang kena gi ampang park lagi skali tukarkan kasut yg aku belikan semalam sbb kasut tu terkecik sikit la...nasib baik boleh tukar, harap ada size besar skit utk Lapoo.

Thursday, May 26, 2011

Kelam Kelibut...

Kelam kelibut jap pagi ni. elok2 dah plan nak settle tenancy matters hari ni, tetiba dpt email dari bos mintak lead satu contract yg aku tak tahu hujung pangkal! aiyaa...rosak rancangan...then bertubi-tubi dtg request mintak tlg finalised certain contracts yg mmg dah kat hujung2 pangkal...settle kan terus dan archive segala mak nenek emails yg projek dah complete tu (sbb mailbox aku dah dpt notification hampir full)...so skrg aku break kejap tarik nafas sambil re-plan balik.


lunch karang nak keluar gi ampang park jap sbb nak belikan baju Lapoo utk pakai bday party eva sabtu ni. theme dia lime green and yellow so since Lapoo takde baju kaler ni so kena carik baru la. smalam lepas kerja tak sempat. so kena gi hari ni jugak. boleh gak selit2 nak top up jamu, toner etc...al maklumlah...gaji kan dah masuk...heheheh...


lagi satu, aku kena start exercise dah weh. cd aerobik aritu testing wiken lps tp mcm rosak sikit la. lepas combo 3 terus sangkut. so dah terbantut rancangan. aku ckp ngan LK kena beli cd baru. LK kata tak payah...naik turun tangga tu 3-4 kali atas bawah setiap hari sure aku fit. jimat pun jimat. nak lagi challenging, naik turun tangga bawak Lapoo. mampus!

Wednesday, May 25, 2011

Sekali Dua Update...

Sekali dua update kau...bukan apa..tgh bosan ni...cepat la 5.30pm...aku nak balik ni..nak amek Lapoo...pastu zassss...balik umah...kerja belambak tapi mood takde...feel takde...byk yg urgent non tenancy dah keluar. tinggal tenancy yg ternyata belambak. esok la aku buat. fikiran nak kata berkecamuk, tidak la jugak. just tak leh nak concentrate kerje. nak keluar cecepat dari bangunan ni. bosan sungguh...

Anak Mama Dah Besar...

Anak mama dah besar...hehehe...smalam waktu tgh unpack beg taska Lapoo...masukkan baju kotor dia dlm washing machine, keluarkan botol susu dan aberjie dia, tetiba ada satu kad merah ni terselit skali..sbb smalam LK yg amek dia terus dari taska dan dtg jemput aku so tracy tak sempat nak brief apa2 la kot...aku baca kad itu adalah kad dentist! hahaha! dah besar dah Lapoo siap ada kad dentist sendiri! maybe dlm few days ni nurse akan dtg taska tu kot dan check gigi budak2. so taska nak dptkan kebenaran parents la whether boleh ke tak. cuma aku tak dpt imagine macam mana nurse nnt nk suruh Lapoo bukak mulut bila nak tgk gigi sbb kalau aku suruh mmg amat payah ok. all the best to them! eh lagi satu, gigi Lapoo pun bukannyer keluar habis pun lagi...geraham baru 4 batang...hehehe...