CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 7, 2008

Demam Raya

Wow. Hari ni aku dah masuk office. Start keje. Ya Allah...malasnyer aku rasa........sebenarnyer aku apply cuti sampai semalam (Isnin). Dari semalam lagi aku dah rasa tension je nak masuk balik office. Biasala nih, lama sangat cuti...nak start gear satu balik macam lembaaaabbb sikit (sikit? banyak larr...) Tapi what to do kan? Kena la keje gak. Komplain sikit-sikit je. Mari kita update blog. Lama ek aku tak masuk sebab cuti panjang. Merehatkan minda kununnyer. So, apa cerita smurfette? Oh ya, Papa skang pun dah panggil aku smurfette gak. Sebab dia pun baca gak blog nih. Hehehehe...

Update 1 : Aku bakal jadi aunty next year!!!!!!! Walauweh!!! Bestnyer….Nazira is 5 weeks pregnant. Waktu Boy announce berita tu aku tersangat la happy dan terus nangis. Boy pun nangis sebab tengok aku nangis. Happy sangat seh!! Boy tanya baby dia nak panggil aku apa nanti? Hmm…Mak Long? Eeii…tak kelasnyer..Aunty Irma…alahai…tak mesra alam langsung. Takde ciri-ciri ke’familian’. Ni first niece/nephew aku tau...so kena special sikit. Mira suggest maintain ‘Kakak’. Hehehe…bagus gak idea kepala hotak berjambul budak tu. Awet muda selalu tuh…nanti la aku pikir…ada lagi 8 bulan. Seronoknyer aku…tak sabar nak belikan baby tu stroller, teddy bear, pjammy, kasut isshhh...macam-macam lagi lar….

Update 2 : Hari raya aku demam. Tension…balik kampong dalam keadaan demam. Malam raya demam. Raya first demam. Raya second demam. Jumpa doktor sebelum balik Kedah dia kata temperature nak dekat 40 degree. Aiyoo…manyak panas wooo…nak lengkapkan pakej lagi…badan aku kena attack selsema, batuk, lelah sumer bagai..all this equal to melepet. Tapi dah nak balik KL tu tetiba segar lak. Balik KL terus hilang. Cehh...aku ni memang alergik cuti tidak syak lagi. Tapi aku terkilan sikit sebab demam punya pasal aku tak jadi snappy happy amek gambar sepanjang raya langsung. Nasib baik Mira ngan Amri bawak kamera dan amek gambar. Tapi nak tunggu derang upload dalam tenet...alahai...amatla lambatnyer...

Update 3 : LK dah dapat keta baru dia. Sempat dapat 2 hari sebelum raya. So, apalagi…test drive le keta baru dia balik Kedah. Kita bawak keta transformers tu journey ke KL-Baling-Perlis-Jitra-KL. Lalu highway Gerik…cantiknyer permandangan….

Update 4 : LK first time beraya ngan aku…dekat kampong. Bebetul suasana kampong especially bila balik Kodiang tempat Papa. Rumah papan, sawah bendang, tali air, lembu kerbau, lemang, ketupat, gulai daging, bahulu, cok benderam. Sambutan yang sederhana tapi meriah giler. Jumpa Tok Su, Tok Ndak, Tok Njang, Mak Long Gayah, Mak Njang Haluih, Mak Ngah, Wa, Makcik ramai lagi larr…memang nampak LK happy (dan overwhelm) raya ni. Dah la besday dia first day raya. Lagi la seronok. LK 34 tau tahun nih...tua dah ghupernyer LK. Aku kawin ngan bujang lapok. Dan yang paling penting…tahun ni dia puasa penuh 30 hari. Alhamdullillah….

Update 5 : Amri confirm nak kawin next year. So, next Sunday, Mama, Papa, Uncle Jo, Aunty Tina, aku ngan LK nak gi Banting umah parents Marlina beraya/merisik untuk Amri. Orang paling excited nak pegi (and see how its PROPERLY done) ialah LK. Dia la yang paling bersemangat dan dok counting the days. Bila aku tanya naper u tak sabar? LK cakap nak tengok cemana Uncle Jo in action. Hehehe…yela, dulu waktu time LK ‘merisik/meminang’aku…dia datang sengsorang je. Pastu terus ‘bulldoze’ mak aku ngan cincin dan duit hantaran waktu Mama tengah least expect. Mak aku ngan Mira tengah main kucing waktu tu boleh? Sampai sekarang, semua orang masih ingat lagi dan still make fun of the moment. Kesian ada, lawak pun ada sebab LK tatau pebender nak buat. Yela, mana la dia tau adat-adat Melayu sumer. Aku pun sengal gak sebab kureng bagi LK tutorial bab-bab cenggitu :P So, nanti weekend ni kita tengok la macamana uncle ‘komando’ tu buat. Uncle Jo dan Aunty Tina ni sebenarnyer mak pak angkat LK yang sangat sangat baik hati. Which reminds me, bila la nak gi beraya umah derang nih….???

Update 6 : Hari Ahad aku masak mee kari (tapi aku rasa macam kureng sedap macam last time..tapi LK tetap kata sedap…hehehheh…wa cayang sama lu). Kawan-kawan office aku datang beraya umah. Tak expect pun ramai ingat mostly ada kat kampong lagi tapi ramai giler ghupernyer dah bali KL . Derang datang umah kitorang jadi meriah dan kecioh bangat. Linda dan Abg Lan, Shuq dan anak-anak, Farrish dan Faheem dan Kak Long, Liha dan adik dia dan anak-anak, Noli dan the puteris. Kak Ina ada guest lak kat umah dia waktu tu so tak dapat dtg. Takpe, next time aku masak kita lunch untuk Kak Ina dan Kak Ana plak okay?
Update gambar:


Phewitt...LK bergaya sebelah transformers dia. Suprisingly LK masih tinggi dari transformers dia lagi. Ish ish ish...macam galah panjang. Tapi kaki kedi. Heheheh...

Journey balik dari kampong aku drive lak.


Otw balik kampong meredah highway ngauman transformers iteww...brooom...broomm...



Malam sebelum balik kampong berbuka makam steamboat kat Keramat.
Aku dah start tak sihat waktu ni. Makan pun takde selera.



Kalau hari aku sihat pun aku tak baper gemar sangat steamboat actually.



Tapi Mira suker makan steamboat. Boy dan Nazira pun suker. Slurrppp...

0 comments: