CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 30, 2010

A Quick One!

Assalamualaikum. Sangat sibuk dengan mostly kerja office. Meetings, contracts, projects etc. Kerja kat range minggu ni kurang involve sebab sibuk kat office. Tapi malam ni confirm kena gi sebab malam ni dan weekend ni (and probably the whole week) sales boleh meletup! Alhamdulillah, syukur pada Allah...

Update gambar Cik Echa :)

Sibuk nak turun bawah!

Dengan Lili, anak patung Auntie Im.
Senyum mesra salam perkenalan la tuh..

Recharging with Ribena @ Keramat


Lapoo-eerr..

Sibuk nak panjat atas Mama sebab nak kacau camera orang!

Dengan Auntie Im


Kepenatan tido sampai cenggini

Ngan Eva dan Auntie RaRa


Oh ya, semalam first time Lapoo berdiri UNATTENDED for the whole 10 seconds!! Tak sempat nak amek gambar sebab kagum sangat. Hahaha!!

Friday, April 23, 2010

Kepenatan Saya...

Assalamualaikum. Aiyoo...saya sangat penat. Since bukak range ni, tido dah jadi tido touch and go. Reminds me waktu confinement dedulu. Sangat letih giler. Tapi seronok. Tapi letih. Tapi best. Tapi pancit. Gitu la. Aku boleh terlelap mata memana saja. Kat desk office. Kat meja makan restoren. Kat dalam kereta. Kat depan tv tu biasa la. Time dengan Lapoo pun kurang sebab sibuk gi range. Lately dia demam. Sian dia. Naik ruam satu badan. Aku ingatkan campak. Tapi doktor kata bukan campak. Its a sort of ruam. Tu pasal dia cranky sangat sejak dua menjak ni. Anyway, now alhamdulilah dah balik ke normal happy bunny. Pagi tadi waktu aku dukung dia gi amek baju dalam bilik bibik, tengah aku belek-belek tudung, tetiba dia sebut PA-PA. Ehhh...terperanjat aku...pastu dia sebut lagi...PA-PA. Slow and steady sambil tu sesenyum kuntum. Pandainyer anak mama nih!! Bagitau LK, sangat bangga okay bapak Lapoo itu. Hehehe....

Monday, April 19, 2010

Dream Coming True

Assalamualaikum. Hectic weekend is all I can say. And Alhamdulillah. Promo promo promo!! Klang range tak pergi lagi untuk tengok last minute set up yang Nicholas dah buat. The mall management there has been so so so accommodating providing this and that to our company. LK kata the set up is very nice now. This weekend gotta go la and see for my self. Oh ya, Khamis opening kena postpone due to unforeseen circumstances. Hari ni baru Klang range bukak. Aku kena kerja kat office :( Anyway, as for Ampang range here, since opening Friday, every day closing 12 midnite…so just imagine how crazy mad dog we were! All in all, syukur pada Allah atas rezeki yang diberikan. As advised by Nicholas, for the time being, operational cost has to be minimised. Meaning semua turun padang lor...me, LK, Nicholas, his gf. We wait and see the market trend. Then baru decide on the staffing. Lagi pun Dustin is coming in from Singapore end this month. He could jaga range at Ampang and the guys can push for events pulak. Walauwehh...susah sebenarnya manage business ni. Now I know. But I'm learning and its proven (so far) very very exciting. New venture, new realm, new world for me! Psssttt...part paling seronok jaga cashier till...the machine is super duper cool...hehehe...
Lapoo update. She’s 8 months now. Sekarang temperature badan dok naik turun coz tengah teething. 2 gigi baru nak start tumbuh kat bawah. Hari Ahad pagi kul 4am bawak gi hospital coz demam. Doktor check kata semua ok. Tekak pun ok. Cuma kena bagi banyak minum air. I pray to God she’s ok, InsyaAllah.

Amri the designer logo trying to shoot. "Very addictive la benda ni" he said.

Marlina pun try gak. Budak baju merah tu, Iman yang memang dah pro.

InsyaAllah, next week gi range Klang, upload gambar sana lak!

Tuesday, April 13, 2010

Have A Break!

Assalamualaikum. Have a break y'all. Ponek kerje non stop from one agreement to another from morning til now.
Solat pun lewat :(

Ini anak dara ku malam tadi lawan mata takmo tido.
Last-last tido kul 1am. Ish ish ish...

Monday, April 12, 2010

Weekend Updates

Before weekend coming, kita ada tangkap-tangkap gambar
ngan Mr Farrish! Bon voyage Farrish...

Last weekend kami spent time di Klang. Lunching kat Tetra Briyani House Bukit Tinggi. By far, briyani yang paling best pernah aku makan. Eventhough its run by hindus, the restarant serves HALAL food certified by JAKIM Malaysia, so alhamdulillah. Tapi one thing though, ada sudah naik sikit la itu harga briyani dia...dulu around RM8.50 sikalang sudah RM10.50! Wowweee junior juice....takpe la, dah rezeki restaurant tu weekend tu nak dapat patron macam kami...apa-apa pun, syukran!

Hello all!


Briyani ayam rendang in the metal bowl together with telur rebus. Serves with kuah dhal (yang sgt Lapoo suka!) dan vege yoghurt.

Lapoo and Papa

Lapoo and Mama @ JJ Bukit Tinggi, Klang. Mama suka, Lapoo si kaki ayam
yang sangat curious!

Friday, April 9, 2010

I'm Back..

Assalamualaikum. Amboi…lama betul tak update dalam blog ni. Kalau ikut kiraan dekat 4 bulan!! Waahhh…lama tu, Lapoo pun dah nak masuk 8 bulan. Alhamdulillah, banyak benda yang jadi dan aku belajar sepanjang 4 bulan ni. All in all, sangat gembira dengan hidup yang serba sederhana ni.

Semalam ada dinner farewell Farrish. Huhuhu…after nearly 10 years, he is gonna leave the company! Sedihnyerr…aku truly akan rindukan dia. He is one of a kind punya kawan. Very very flamboyant and sincere and funny! Dinner di Sahara Tent, Fortuna Hotel Bukit Bintang. Biasa la kalau boss2 belanja, mestila wajib arab. Mendi, kapsa, hummus, kebab…all the works lah. LK sesambil tu jenjalan kat Low Yatt (his favourite place!). Balik rumah je, oh ya, aku dah pindah skang duduk kat Cheras. Apparently, rumah kat AU3 tu cramped sikit dan Lapoo perlukan tempat yang spacious untuk membesar, kata LK. So, dia decide better kita pindah. So pindah la kami last few months to a better place, better environment for all of us. Sambung balik citer, balik rumah je, kat parking…aku nak kuar tapi tetiba LK tahan dulu, suruh aku pejam mata. Apolak nih? Suspennyer…then…tadaaaa!!!

“Camera cute2 for emo girl. Can put in your handbag” kata LK.

Walauwehh…tq tq LK!! Suka sangat saya! Tak sia-sia LK jenjalan Low Yatt. Allah gerakkan hati dia untuk belikan aku camera, Alhamdulillah. Tu la pasal bersemangat tegar start memblog balik nih :p Jadi meh kita tengok gambar Lapoo aku amek pagi tadi sebelum gi kerje.


Rambut yang sangat la kerinting


Lapoo ni tido nganga sampai puting pun tercabut...hehehe...