CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 14, 2009

Luahan Perasaan

Cewahh....tajuk macam gempak-gempak....macam slot dalam radio yang orang dok hantar sms pastu dj baca poyo-poyo tuh. Hampeh. Nothing like that. Saje je aku pun tatau nak taruk tajuk apa. Anyway, update on whats going on these past few weeks. Hari Khamis lepas kan (aku rasa dalam 5/2/09 kot) aku bleeding. Panic attack. Terus gi Hospital check dan doktor kata baby ok tapi dia bagi jab untuk kuatkan rahim. Aiyoo....nasib baik. Pastu dia bagi mc 2 hari. Rest rest kat Keramat lepak asyik baring je sampai penat aku beb. Tak biasa baring tak buat apa kerje. Kalau sakit tu lain la. Ni memang badan rasa takde pa per, cuma kena baring je, so macam bosan tahap maksima. Pastu hari Sabtu gi toilet ada bleeding lagi. Aiyaaa...pegi Hospital lagi. Baby still ok. Doktor kata very very active. Aku pun nengok dia pusing-pusing lagi rapid dari dulu. Kelakar lak macam takmo duduk diam (macam LK) hehehe...this time doktor increase kan dose ubat. Dia suruh aku take it easy. Jangan jalan laju-laju. Slow and steady. So, aku kena bebetul rileks la. Weekend cuti Thaipusam tu aku just baring, baring dan baring je la. Dan selalu doa pada Tuhan kuatkan rahim aku dan lindungi baby dari mara bahaya...amin.....

Pastu apa lagi update ya? Oh ya, LK this week kena gi Sunway train staff. Meaning dia akan stay sana 24/7 dan balik Sunday je. Aku dok tido Keramat since last Thursday. Memula ingat nak dok umah je tapi try satu malam...agak boring la jugak. Last-last, pack baju masuk dalam beg, gerak keta dan...assalamualaikum....hehheheh....semalam (Friday) Mira pun balik dari Cyber. So, end up kitorang bertiga (aku, Iman dan Mira) tido dalam bilik Mama. Bentang 2 tilam tido le bertiga. Sampai Papa cakap "Anak-anak pompuan Papa sampai skang semua dok tido satu bilik ngan Papa lagi" :P

Skang hari Sabtu. Time : pagi. Aku ni dari tadi kul 7.30am dok tunggu derang nak breakfast kat Raju nih. Mana sumer? Mira tak bangun lagi. Dah kul 9.40am nih. Copek la sikit....gua dah lapau nih....

0 comments: