CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 31, 2009

Day 3 Without LK

" Salam. i came bck frm Uhud n quran factory. Take care urself n bby. Send rgrds to pa n ma. I pray for everyone. Insallah. Luv u "

Aku dapat sms dari LK malam tadi sebelum aku tido kul 10.30pm. Kat Madinah waktu tu dalam kul 5pm.

Semalam aktiviti aku nothing to shout about. Meeting sampai petang. Dekat kul 6.30pm balik Keramat. Kelam kabut solat Asar dan mandi. Maghrib jemaah dan pastu Mama ngan Papa gi surau, aku duk umah dinner sengsorang. Lepas dinner tengok AF Diary. Takde citer haper ok, so layan je lar. Tengok la bebudak tu dok kena pomot Marigold la, Maybelline la, minyak wangi laki yg cap haper tah, itu la, ini la..tak habis-habis endorsement kat AF nih. Ada sorang ni mamat yang serabut je aku tengok sebab rambut dia macam orang asli tu, apa tah nama dia, Yazid kot. Dapat surat dari bapak dia bagitau bapak dah selamat bernikah last weekend. Whatt????? Bapak dia kawin lagi satu ke? Oh tidak...rupernyer mak si Yazid ni dah meninggal few years back, so bapak dia ni duda la kiranya. Pastu kawin lagi skali. Gitu la AF ni benda macam tu pun nak jadikan ceriter. Lemau....

Monday, March 30, 2009

Day 2 Without LK

Day 2. Monday. Hari ni aku dah masuk office. Sebab busy sangat so takde la ingat LK gegiler macam semalam. Baru lepas revise satu network agreement. Oh ya, skang ni, walaupun aku buat marketing agreement, aku jugak buat corporate affairs DAN network balik. Tolong-tolong Ajoi ngan Kak Ina apa yang patut. Jangan kira kerja sangat, cakap hati aku. Buat jer. So, result is, agak busy jugak la kena jugle 3 unit sekali. Aku tengok lawyer lain takde yang buat macam aku pun. Sumer concentrate buat kerja unit derang. Aku je bos tolak buat semua. Naper? Sebab aku tak banyak cakap kot. Terima jer. Lagipun kesian aku tengok bos-bos lain struggling under staff. Aler…bukannyer susah sangat pun vet agreement ni. Just kena manage time properly jer (walaupun corporate affairs punya assignment aku slalu lari dari deadline…hehehhe). One thing je kengkadang aku terkilan…gaji aku naik sikit boleh tak?? Kasik adjust sikit la bos...boleh la ek bos??? :)

Nway, ni nak citer pasal baby dalam perut aku lak. Skang aku dah 18 weeks. Nak masuk 5 bulan dah.Perut pun dah makin besar. Suar kerja mmg dah totally OUT. Skang dok pakai skirt je manjang. Ni pun rasa dalam 2-3 minggu je boleh tahan. Next week kena dah start shop for maternity working clothes. Tadi pun aku masuk jumpa secretary, terserempak ngan Puan Suryani, the VP. Sebelum dia keluar, dia tanya perut aku macam mana? Aku tunjuk le. Pastu dia kata tak besar sangat, ok ok...Aku cakap la, skang ni banyak baju dah tak muat. Dia gelak jer. Dia kata ada some people yang first time pregnant, 4 months je dah start pakai baju maternity sebab excited sangat. Tapi betul, this time, aku kena start pakai baju maternity dah.

Baby development lak, katanya skang dah panjang ½ feet. Wow! Besar tu. Sebesar tapak tangan. Second trimester ni baby akan besar setiap minggu satu inci. Wuyooo….lagipun, hari tu last time scan ngan Doctor Andy, dia cakap kaki baby ni panjang. Ikut bapak dia. Hmmm…tinggi lak anak aku nih. Jari lak runcing, Ikut mak dia. Tapi tak leh nampak laki ke pompuan lagi sebab waktu scan tu dia dok gerak aktif sangat. Next check up 13hb April ni. Sempat la LK dah balik umrah. Baby lak sebab dah besar, patut aku dah boleh rasa sikit-sikit dia punya movement. So far, aku dok rasa fluttering feeling je. Tak tau la sebab baby ke sebab angin. Before gi umrah, LK rajin gak dok dengar perut aku. Dia kata bunyi macam air. Aku kata perut aku kot. Dia kata bukan, macam air bukan macam perut. Something else. Aku pun tatau la sebab aku mana leh dengar. Dok try rasa pun tak sangat. Maybe awal sangat kot. Previously, dok borak ngan Boy dan Nazira pun (Nazira dah sarat 7 bulan dah…perut mummy tu besau giler comey je tengok…Boy cakap macam panda...hehehhe), Boy dok cakap nanti boleh nampak macam siku ke lutut baby tu dari perut dok protruding. Excited LK dengar macam tak sabar jer. Aiyoo...dah la baby ni kaki panjang, jari runcing..seriau aku kalau sekali dia berkungfu....alamak eehhhh......LK sonok, aku takut....hehehhe....lagi satu, baby dah boleh dengar. So, aku dah start cakap ngan dia sikit-sikit. LK takde ni takde la rasa bosan sangat. Ada baby temankan aku. Poyo kan? :P

Day 1 Without LK

Hari Ahad waktu tengah aku ngaji lepas solat Subuh ada call masuk hp aku nombor 'unavailable'. Nasib baik aku letak hp dekat ngan aku time tuh. Terus angkat. LK!!!!!! Alhamdulillah dia baru sampai Madinah. Dari Jeddah flight 8 hours dari KL, after that derang terus amek bas journey lagi 4 jam ke Madinah.
LK : Salam
Aku : Salam. LK, where are you? Hows the flight journey? The bus journey?
LK : LP, i've arrived in Madinah. The journey was ok. Just checked-in the hotel. LP, the mosque is so so grand!! Its only 2.30 am here but the mosque is so beautiful....
Aku : Yeker?? Wow, bestnyer LK.
LK : Now i want to rest a bit and later get ready for Subuh at the mosque. Azan here is around 4am. The hotel is also very nice. Its a 4 star hotel. Best part is, its only 100 meter from the mosque!
Aku : Thats good. U dont have to walk very far la.
LK : Yala. Ok LP, cant talk long. I call u later lagi. Send regards to Papa, Mama and everyone in the house.
Aku : Ok. Take care LK. Love u.
LK : Love u too LP. Salam.
Aku : Salam.

Lepas hang up, aku nangis...gembira...alhamdulillah, syukur pada Tuhan....

Pastu petang tu dalam kul 4pm, LK call lagi. That time aku tengah lepak ngan Mama, Papa dan Amri kat hall. Aku pun on speaker so that sumer boleh dengar sekali. LK dok citer yang dia dapat solat kat Raudhah. Dia rasa seronok. Pastu dok citer yang dia dok jenjalan round satu masjid dan dia kata sangat besar dan cantik. Tapi yang dia tak dapat lupakan feeling solat kat Raudhah. Something yang sangat pure yang tak boleh describe ngan kata-kata. Kitorang pun seronok dengar. Pastu Papa cakap mintak tolong kirim salam satu famili pada Rasullullah di makam dia. Dengar LK sangat-sangat happy kat sana. Aku pun tumpang gembira.

Empangan KLIA Pecah Daa......

Hari Sabtu, aku Mama, Papa, Iman dan Mira hantar LK ke KLIA kul 8.30am. Sampai sana jer...mak oii!!! Ramainyer orang!!! Ada la ratus-ratus tau dan sumer rombongan nak gi umrah. Tapi bukan dari travel agency yang sama. Macam-macam travel agent yang ada....actually yang meramaikan tu aku pasan ialah orang yang menghantar. Macam kitorang la jugak. Yang pergi sorang, yang menghantar sampai 4 orang. Sampai kaunter K, nampak Cikgu Limah tengah sibuk uruskan beg-beg group yang dia in - charge untuk check in. LK terus pegang tangan aku kuat. Pastu dia bisik "LP, so many people la...i feel so alone..." Terus sebak aku dengar. Pastu tengok Cikgu Rahmah pun ada gak. Oh, tak tau dia pun pegi skali. Maknanya dari Enggang Utara ada 3 orang la pegi. Cikgu Rahmah pun pegi sorang gak. Lepas serah beg pada Cikgu Limah, kitorang sumer turun ke Delifrance breakfast dulu. Papa dok bagi LK last minute advise pasal kat sana. LK dengar ngan tekun. One time tu, aku gi counter amek roti, LK tetiba datang follow aku dan cakap "LP, i miss u already laa..." Aawww...time-time macam ni memang nampak LK vulnerable sangat. Beneath his tough exterior...dia sememangnyer husband yang quite softie touchie feely ngan wife cuma jarang sangat nak tunjuk (sebab takmo aku amek kesempatan kot :P). Anyway, lepas dah mushy mushy PDA tak hengat, comes the dreaded part. SEPARATION! Nak pisah kat boarding area tu sangat la shedih.....LK salam peluk Papa, Mama, Mira dan Iman....aku hug hug kiss kiss cry cry...bye bye laling LK...hope u have a safe journey there....miss u.... :(

Friday, March 27, 2009

Hari Sedih Aku....

Hari ni aku decided to blog. Feeling down a bit. Macam nak demam sebab semalam tido aircond kuat sangat. Also down sebab sedih sangat-sangat esok aku akan berpisah ngan LK. Dia nak gi umrah. Esok pagi kena ada kat sana kul 9.30am. Dia gi ngan Cikgu Limah. We are supposed to go together tapi di sebabkan commotion bleeding waktu first trimester tu, aku decided anak lagi penting. Memula LK kata takpe la kita gi sesama next year. Tapi after a while aku pikir, takkan di sebabkan keadaan aku, dia tak pegi. Sebab aku tahu dalam hati dia memang dia nak sangat pegi sana. In the end, it was decided, LK pegi dulu. Takpe la, let him go for his spiritual journey first. Dia pun ok. So, tomorrow dia akan tolak ke Jeddah. Balik 11 April 2009. Ya Allah.....belum pegi lagi aku dah rindukan dia. Pagi tadi sebelum dia gi kerja aku peluk dia kuat-kuat takmo lepas. Sedihnyer....macamana esok nih? Malam tadi dia pesan suh aku jangan lupa minum Anmum, minum air banyak-banyak, jaga kesihatan, jangan emo-emo, jaga baby.....sedih aku terus nangis......Ya Allah Ya Tuhanku, berilah aku kekuatan menempuh hari-hariku tanpa suami di sisi. Berilah dia kelapangan dan keredhaan dalam mengerjakan ibadah umrah di sana. Restuilah perjalanannya. Semoga selamat pergi dan selamat pulang. Amin..

Friday, March 13, 2009

Ayam Masak Merah ke Ayam Masak Tomato? Apa-Apa la Labu....

Besok cuti. Yeay! Nak buat apa ek? Tak plan lagi. Maybe pegi Klang kot. Tengok la cemana. Smalam hari yang agak bosan. Balik office LK dah lapar, terus la masak. Memula dia kata makan kat luar je la. Aku ni lately macam dah penat dah nak makan luar. Balik-balik menu sama. Rasa pun lebih kurang sama. Baik la aku masak. Bukannyer lama pun. Kejap je dah siap. Bukan masak yang complicated pun. Goreng itu ini. Lebur-lebur itu ini. Siap. Makan ngan nasik panas. Lagi best. Lagi healthy. Smalam aku masak ayam masak merah ngan sayur kobis lemak. Sesambil masak tu siang skali yang untuk masak pot luck kat office hari ni. Oh ya, the girls plan buat pot luck lunch time hari ni. Kak Linda bawak udang goreng serai. Mummy bawak kari kepala ikan. Kak Ana bawak sayur goreng. Kak Ina tatau lagi nak bawak apa. So, aku suggest nak masak la ayam masak merah. Pepagi buta tadi bangun kul 5.30am dah start masak goreng ayam sumer. Tapi agak masam sikit la aku rasa silap coz tertambah air asam jawa lebih. Pastu aku gatai pi taruk sos tomato extra lak tuh. Hampeh....dari masak merah kunun terus jadik masak tomato :P Aku harap sumer ok kot. Heheheh...hp aku still PC suite tak ok la. Boringnyer. Kalau tak, boleh tangkap gambar pastu upload kat sini. Ni citer je takde gambar tak best la. Aku paste gambar ayam masak tomato dari blog orang lain leh? Tadaaaaa.....hehehheheh....

Eh, macam aku punya lauk masak pagi tadi la. Sejibik sejibon. Tapi aku tak taruk kacang peas.

Thursday, March 12, 2009

Demam Bola dan Demam Will Smith

Smalam aku tak dapat tengok citer apa-apa sangat sebab LK sibuk ngan bola. Dari Maghrib sesampai rumah je dah bukak tv sports channel sampai la ke lewat malam. Aku nak kata apa? Nasib baik jugak aku occupy time ngan masak dinner. Smalam masak sotong sambal, ikan selar goreng ngan french bean goreng. Makan sambil tengok bola. Bosannyer. After that aku gosok baju dan lepak join sekaki. Apa nak buat. Nak tengok dvd malas la pulak. Anyway, ada waktu half time tu, LK bukak HBO sat. Tetengok ada tengah main Pursuit of Happyness. Oh no!!!!! Change channel LK! Change channel!! Takmo tengok Will Smith…...LK buat-buat tak dengar…Citer tu tengah main part dah nak habis dah pun. So aku pun lega la sikit. Ni part-part yang sedih-sedih duduk kat shelter dan jual scanner tu dah habis. What could go wrong? Tengok je la. Ni dah start happy-happy sunshine dah pun. So, Chris Gardner pun kena panggil ngan bos-bos dia sebab hari last day dia intership. Masuk je bilik meeting dia pun macam suspen la. Dapat ke tak dia job broker tuh? Muker dia as usual toya giler (nyampahnyer). Pastu big bos dia cakap, tomorrow you have to come to the office wearing your shirt ok? You would like that would you Chris? Pastu tengok muka Will Smith tengah tahan nangis kegembiraan. Aiyoo…..aku pun dah start nangis. Pastu Chris terus keluar dari office pegi tengah jalan yang ramai orang lalu lalang. Tahan nangis kegembiraan. Aku nangis lagi. Pastu Chris lari gi nursery anak dia, terus panggil anak dia dan peluk anak dia dan nangis. Aiyoo.....aku nangis lagi….

LK : (dengan muka blur) LP, we just watched the movie for 5 minutes!! Why you’re crying?? Its all happy now maaa….see, he got the job.
LP : Im crying because I’m happy la….and his face look…look like Boy….
LK : Aiyaa…siau la u.

Tu la aku dah cakap Will Smith ni teruk. Slalu buat aku nangis! Huhuhu....

Wednesday, March 11, 2009

Someone's Down With Flu Yesterday...but....

Sian LK. Smalam dia demam selsema. So, kena MC la. Demam-deman pun bila aku call check up on him, dia kat Old Town JJ. Apparently dia dok sana dari kul 1pm sampai kul 4pm. Aku cakap naper lak gi sana? Naper tak rehat ke tido ke haper ke kat rumah? Kan ke u on MC? “ I bored la at home LP. Some more I can do my work there. “ Aiyooo…orang macam ni pun ada ka? LK LK. Bila suh makan ubat tak nak pulak. Aku tanya apasal tak nak. Dia cakap ” I like this feeling of being sick. Its nice maaa….” Hmmm…pelik tul. Orang nak sihat, dia suka lak sakit. No doubt LK ni memang jarang sakit. So, once dia sakit aku kesian sangat tengok dia. Macam helpless je. Tapi tak nak makan ubat yang tak bagus tu. Camner nak sihat? Anyway, smalam lepas balik kerje aku singgah satu kedai ni beli kuali yang teramatlah comey. Kecik jer. Suka aku. Dah lama sebenarnya aku nak beli kuali yang comel ni tapi selalu lupa. Yela, aku selalu goreng ayam contohnyer, bukannyer banyak pun. Sekali dalam 2-3 ketul jer. Kuali yang aku guna pun adumak bosau la sangat. Bila dah mengoreng ni, tak boleh lak masak benda lain sebab kuali gabak tu dah makan space. Cooker aku yg 3 burner tu dah la comey saiz dia. Eh, bila pikir balik aku ni memang fetish small sizes objects la. Keta comey. Rumah comey. Kitchen cabinet comey. Sofa comey. Dining table comey. Orang yang tulis ni pun comey. Ceh, perasan. Back to the story mory. So, aku sudah beli ini kuali kecik baru best. Smalam masak sup ayam taruk potato ngan carrot. Sesambil tu goreng ikan bilis rangup dalam kuali comey baru aku tu. Hehehe...sedap tau...LK makan licin habis. Lepas dinner takde citer best kat tv kitorang tertengok diari AF. Eh, dah start ke? Aku pun tak tau. Waktu tu dia tunjuk bebudak tu dalam kelas nyanyian. Ya rabbi!! Teruknyer contestant kali ni. Ada sorang tu muka macam mat rempit pun ada. Ishh...apa la teruk sangat kali ni. Tapi bila pikir balik, enough is enough la Astro. You should just stop the programme after Mawi. Ni dok teruskan jugak. Dah la contestant makin nan ado…yang kuar sumer jadi sampah. Album kemana, moral kemana. Yang peliknyer, parents keep on supporting their children untuk masuk AF lak tuh. Baik la ko stick to your current job. Tak payah sibuk-sibuk masuk AF nak carik glamour. Bukannyer glamour pun. Duit dapat pun sekian sekian. Ok la, cukup la bebelan untuk hari ni. Ikut hati memang aku susah nak berenti nanti. Nak sambung kerje lak. Bye.

Tuesday, March 10, 2009

Cuti Panjang Punyer Ceritera

Dear encik blogspot. Lama tak berblogging. Nak kata sibuk sangat tu tak la jugak. Malas je lebih J. Last week aku sudah trade-in hp aku yang slalu hang/slow/bengong N73 tu ngan satu hp lain. Satu hp yang once upon a time aku penah cakap macam washing machine….tapi last-last aku beli gak sebab sudah jatuh cinta tergolek-golek padanya. Hp itu adalah……LG!!!!! Kuang kuang kuang. Tu la, dulu ejek lagi Amri. Skang sudah kena fever LG. Ok la hp nih. Aku beli type Cookie tu. Best la...ye la, nak beli I-Phone mahal sangat (walaupun memang giler giler giler punya ngidam nak hp tuh) tapi takpe la, jadi la aku I-Phone wannabe. Hehehe...(shut up). Tapi cool tau Cookie ni. Dia punya touch flo memang amazing. And the value was like, murah seh! Sebab aku trade-in, aku top up dalam RM500 ajer (Tu pun sebab mamat cine tu dah perasan button volume aku rosak. Tu la, LK dah ajak belah tapi aku dok belek-belek lagi kat situ. Kan dah....). So now skang aku telah menjadi happy Cookie bunny :) Tapi ada satu problem je (ada jugek)...aku dah amek gambar punya la banyak nak citer dalam blog ni tapi bila aku install dia punya PC suite, macam tak masuk la pulak. Tatau apasat. Lap top aku kot tak compatible? Jadi, banyak la lagi gambar dalam storage file beb. Nanti la bila ada masa aku belek-belek lagi benda alah tu. Sabtu aku lepak Keramat. Malam tu ada kenduri kat Mama punya umah depan . Depa buat style gerai. Ada kambing panggang, char koteow, tahu bakar etc best....LK makan pun banyak. Jumpa Naha ngan 3 orang anak dia. Comel...Ahad pagi tolong Amri pindah barang. Bukan tolong apa. Teman LK tolong sibuk je. Nape Amri pindah? Dan apa yang Amri pindah? Panjang citernyer….nanti la bila ada masa aku citer kat sini. Sampai dalam kul 4pm pastu kitorang balik umah. Sebelum sampai umah teman LK gi repair keta. Tah naper tah asap banyak giler kuar dari ekzos keta dia. Terus cari Ah Meng. Nasib baik kedai dia bukak. Check-check rupernyer 3-4 hari lepas waktu LK servis keta dia kat Kepong, mamat India yang bikin keta tu silap masuk paip. Patut ke lain tapi sumbat ke lain. Mana tak berasap. Hampeh….Isnin cuti Maulidur Rasul. Kul 10.30am kitorang breakfast kat Carrefour dulu then gi Nagoya. Ingat nak tukar curtain dalam bilik tido. Ada satu tu yang aku berkenan tapi kain lak tak cukup. Haiyaa....pusing-pusing tengok-tengok kain sampai pening. Sampai LK pun dah start "This one la LP. This one is nice. Yellow colour" Errkk…punya la kilat taste laki aku. Dinding kaler biru. Curtain kuning masuk ka? Last-last, takpe la..aku gi Tewah kat Giant esok-esok la. After that kitorang gi Ampang Park. Beli suar besau aku. Macam-macam kaler. Sedap pakai wa cakap lu. Best best sebab perut dah besau. Hehehe...After that aku ada merajuk sikit (emo bangang) sebabkan benda yang agak bangang la jugak. LK pujuk ajak gi lunch kat KLCC. Happy bunny :) Since dah park keta kat Ampang Park kitorang naik LRT je gi KLCC. Sampai sana terus beli tiket movie 7 Pounds. Ya Allah!!!! Cerita tu I tell you, aku benci laaa…..aku nangis macam baby!! Teresak-esak. Mengogoi-ngogoi dah tak kira orang keliling. Sedih tahap gaban tau. Aku sampai naik penat sebab nangis ajer. Tak suker la Will Smith. Naper muka dia toya sangat....mamat ni kalau tak menang best actor dalam next year punya Oscar lagi, aku tak tau la. Bebetul tear jerking movie. Aku bagi 10/10. Tapi ni untuk acting Will Smith je. Story line 7 Pounds tu sebenarnyer ok ok je tapi acting dia...memang…hmmmm….tremendously brilliant! Will Smith, you rock! Tapi aku kureng sikit la ngan Rosario Dawson. She looked too hot to be a dying sick lady :P Lepas movie, late lunch dan pastu balik. Malam sikit, aku masak simple-simple je...goreng ikan kembung dan sayur pastu makan ngan nasik panas. Lama tak makan home cooked meal. Malam ni nak masak lagi la. Oh ya, LK hari ni MC. Sian dia demam selsema. Aku ingat nak amek EL tapi banyak sikit kerje. Takpe cayang, I come home early today ok laling?

How could you not love this man????? Look at his face. So toya one i tell you....just put his face on the poster. His face alone. Terus box office. Tengok muker je aku dah nak nangis :P