Pagi ni hidung aku sumbat. Dua dua pulak tuh. Nak makan breakfast punya la seksa. Susahnyer nak nafas! Lately selsema aku teruk sangat. Dah la malam tido aircond direct. Pastu kat office lak level legal ni sebelah secretarial dulu, tengah renovation. Apa lagi...berabuk giler. Tu yang tak membantu langsung tu. Kalau dulu, pantang selsema je aku mesti amek ubat hijau/kuning yang maha kuat tu. Aku panggil pil tidor. Tapi effect dia memang power tul. Terus makan dan terus tido. Bangun je sedap badan...hidung clear, sneazing clear. Sebab ubat tu memang kuat sangat pun. Tapi now ni mana leh makan lak ubat-ubat cenggitu. So nak tak nak kena biar dia heal sendiri la. Banyak minum air masak. Makan buah. Minum fruit juice. Lambat la nak baik. Seksa lama sikit. Tak pe la, apa nak buat labu, all for the baby. Semalam lepas Maghrib LK call. Memula dia cakap cannot talk long. Tapi sembang punya sembang dia bercerita sampai ada dekat 20 minit jugak la. Hehehe...dia rindu aku tu. Citer pasal dia pegi Masjid Quba, Masjid Qiblatain dan pasar kurma. Pastu LK citer yang dia dok berkawan ngan Pak Arab yang dok menjual kat sana. Dia kata orang Madinah baik-baik dan funny. Dok joking-joking ngan dia. Siap depa pakaikan dia baju arab full set ngan serban bagai pastu happy tangkap gambar dia "Later i show u the pictures of me they took. They are very funny LP i tell you." Lawak aku dengar. As long as he's happy there, thats good to know. Tapi LK ada gak cakap now dia demam, batuk, selsema, kulit mengelupas dan naik rashes bagai...sebab cuaca kering kat Madinah. Ishh...nasib baik aku ada supply dia sumer ubat. Tu pun dulu dia insist takmo bawak. Aku suh dia banyak minum air zam zam sebab nanti kat Mekah lagi panas. Weather forecast dalam 39-40 degree. Erk!! Risau lak aku. Aku akan doa bagi kesihatan yang baik pada dia. LK pun cakap Cikgu Limah pun macam tak larat. Hari Khamis ni dia akan tolak ke Mekah lak. Harap-harap la kesihatan LK dah okay sikit by that time. Lepas sembang ngan LK, aku Mama Papa dan Iman gi JJAU2 dinner ngan Uncle Jo dan Auntie Tina (LK punya parents angkat) kat Grand Canyon. Makan-makan sembang-sembang sampai kul 10pm baru balik. Auntie Tina tu ex-nurse so dia banyak advise aku pasal pregnancy. Sonok dengar. Pastu Uncle Jo lak sibuk citer kat aku pasal trip dia ke Guang Zhaou ngan Papa baru-baru ni. Derang berdua tu memang jovial couple. Cute je tengok. Ok la, kena pen off. Nak buat kerje. Karang kul 2 ada meeting kat The Crest.
Wednesday, April 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment