Hari ni hari ke 4 aku puasa ganti. Penat sikit hari ni dan ngantuk. Malam tadi aku tido kul baper tah tak pasan. Since ada Lapoo ni memang tido aku jenis touch and go. Dia tido aku tido. Dia jaga aku pun jaga. Kengkadang dia tido aku takleh tido. Bila dah boleh terlelap sikit, dia lak dah terjaga. Tu la nama dia touch and go. Macam malam tadi Lapoo tido dari kul 7.30pm sampai 10.30pm. Bangun untuk susu dan tido balik. Pastu bangun balik kul 3.30am untuk tukar diapers dan tido balik. Pastu bangun kul 5.45am untuk susu dan lepas feeding dan burping, sementara dia tengah dok plip plop atas katil dozing off to sleep balik, aku cecepat solat subuh. Bila aku dah habis solat, Lapoo pun dah tido balik dan aku pun sambung tido gak. Aku terjaga kul 6.45am sebab Lapoo dah terjaga nak memain la plak. Malangnya aku teramatla ngantuk giler nak layan so aku just tepuk-tepuk dia suh tido. Tapi Lapoo tanak tido gak. Terpaksalah aku bangun. Dalam tengah mamai-mamai tu aku tengok muka dia dan suddenly Lapoo memberikan aku satu senyuman lebar berserta gelak tawa yang sungguh comeyy....hilang terus ngantuk aku...main-main dengan dia sat dan pastu kul 7.30am pass Lapoo kat bibik dan aku pun mandi dan siap gi kerja. Tu la routine aku these pass 2 weeks dah masuk office ni. Dulu waktu cuti 2 bulan, tak terasa penat sangat. Tapi now ni energy pun makin kurang. By the time kul 8.30pm je aku mesti ngantuk giler kengkadang terlelap depan tv. That’s why tadi aku kol Kak Lana order Makjun Bonda balik. Memula nak makan Jamu Mak Dara. Tapi bila pikir balik dulu waktu aku amek MB memang berkesan kaw kaw, so stick with it lah. Karang Jamu Mak Dara tu tak best, buat rugi duit je plak. Kak Lana pun cakap hari Sabtu ni dia akan pos dan InsyAllah aku akan dapat Isnin. Tak sabarnyer nak replenish energy balik....
Thursday, October 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment