CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, May 4, 2009

Wo Ai Nee Music Man!!

Ingat kot memula nak gi Penang cuti panjang tu, tapi disebabkan hip joint aku teramat la sakitnyer, nak gerak pun sangat sangat tak comfortable, last-last LK decide kita duk cuti kat rumah je la. Serius sakit tau. Dah la hari Rabu petang tu ada fire scare kat building office ni, lift lak dia dah de-activate. Fire brigade sumer dah ada, so kena paksa turun la. Imagine aku turun dari tingkat 15!!!! Dah la waktu tu memang dah start sore kat hip joint aku, kaki lak dah makin bengkak, memang malas la nak turun. Tapi bila dah kena paksa…alahai…terpaksa la gua turun gak. Esok paginya…waduhhhh!!! Tuhan ajer tahu betapa hebatnyer penangan sakit tulang itew….Bila tido nak gerak sikit je sakitnyer…ni baru sakit sikit, lagi 3 bulan lagi sakit beranak camner la agaknyer…ishhh….takutnyer……anyway, lepak la kitorang kat Keramat sebab Mama, Papa ngan Iman gi German tempat adik, so Mama suh aku ngan LK dok tido sana tolong jagakan rumah. Derang balik 10 hari lagi. Thursday nite hantar gi KLIA dan malam tu jugak kitorang after that gi balik umah sat, amek baju, bagi makan ikan, kemas rumah sikit-sikit dan tido Keramat.

Friday – Bangun lambat…bestnyer overslept waktu cuti. Takde la lewat sangat, kul 10am dah bebetul bangun. Aku gerak pelan-pelan sebab sakit tulang weh. Lepak tengok tv. Then LK bangun terus karaoke. Hampeh….sampai dekat tengahari then aku hantar dia gi solat Jumaat. In the mean time, aku jenjalan kat JJAU2. After that amek dia kat masjid dan kitorang gi shopping baju maternity aku (Lagi? Dulu dah janji tamau beli lagi….) Then petang tu singgah rumah sat tengok ikan dan lepak-lepak. Petang sikit balik Keramat. Lepas Maghrib kuar gi rumah Farrish. Dari hari ke sehari Farrish dok bagitau aku suh datang rumah dia amek stroller Faheem tapi aku asyik lupa je. So, since dah ada masa ni, kitorang pun gi la Desa Pandan. Bleh tengok Faheem skali. Amboi….makin hemsem lak mamat itewww!! Tapi ada pemalu skit la plak. Hehehe...Kul 10.30pm gerak balik. One thing ya, waktu aku tengok Farrish dok ajar LK macam mana cara nak bukak stroller tu, suddenly it hit me that I’m gonna have a baby!! Cuba bayangkan…selama ni memang aku tau aku pregnant, dah tengok scan sumer, slalu dok cakap dan baca pasal development baby, seen my body changes, rasa kicking baby etc..tapi peliknyer, for that one moment, for the first time tetiba aku BEBETUL realize yang aku akan be a mother. Just one look at that stroller. Ye la, selama ni kitorang tak pernah beli satu apa pun lagi barang babies. So, that one particular object buat aku bebetul sedar yang the time is just around the corner je lagi…..magic betul penangan stroller tu yek? Macam dapat hidayah lak. Hehehe…Anyway, thx Faheem for ur lovely stroller. Farrish bukan main gelak bila LK siap cakap ni bila nampak stroller tu “Owh!! This is a stroller ke??….” Hehehe…laki aku ni stroller pun tak kenai ka?

Saturday – Tengahari ada kenduri kesyukuran kawan LK waktu Umrah, somewhere kat Keramat jugak. Best makan nasik putih lauk kampong. Tapi nasib baik aku warn LK ada satu lauk tu udang gulai tempoyak. Aku pun tak makan jugak. Tapi all in all, sedap bangat especially ikan kering tu…kat sana jumpa Suraya ngan adik dan mak dia. Rupernyer dia bersaudara dengan kawan LK tu. What a small world. Then sepatutnya ada satu kenduri kawin kawan aku, Eju kat Bentong Pahang. Tapi, since masa pun time tu dah dekat kul 2pm, takut lambat sangat sampai sana dan malam tu lak kitorang nak gi tengok Lee Hom, so takut kelam-kabut, terpaksa cancel. Before that, SMS kat Eju cakap sorry tak dapat datang sumer dan ucap Selamat Pengantin Baru kat dia. Kalau tak gi Lee Hom tu boleh je kitorang belasah gi sana, tapi takut malam nanti kelam kabut kan? That nite before 8pm, cecepat rush gi Bukit Jalil tengok Lee Hom. Sangat comey la mamat itewwwww!!!!!!!!!! Dan performance dia pun very entertaining. LK amek banyak gambar dan video. Nanti nak kidnap satu letak sini. Orang punya la ramai sebab dia buat show satu malam je. So, waktu nak balik tu nampak la keta dari Perak, Penang, Johor, Singapore etc. Stadium full house. Nasib baik kitorang punya seating bebetul in the middle. So senang la tengok tak yah nak senget-senget paler. Tapi punya la ramai chinese. Ye la, concert chinese, semua chinese la. Aku rasa aku sorang je melayu perempuan yang pakai tudung tengok Lee Hom dalam stadium tu. Hehehhe... Dah la sepatah haram pun aku tak paham Lee Hom dok cakap apa. LK la jadik translator aku malam tu. Hehehe.... Tapi dia memang best la. The last song he sang was my favourite, KISS GOODBYE. Naik goose bump aku dengar dia nyanyi lagu tu. Best gilak gilak gilak. Baby dalam perut aku pun dok asyik kicking especially waktu Lee Hom nyanyi lagu-lagu ballad dia, especially FOREVER LOVE. Wahh…nak download la lagu tu nanti….

Sunday – Lunch kat JJAU2. Then gi tengok movie kat MBO citer XMen Origin : Wolverine. Best la jugak. Baru aku bebetul suker ngan character ni. Dulu aku kureng skit. Now aku paham naper LK slalu kata XMen is all about Wolverine coz he got the history. Yang lenlain tu macam Storm, Cyclop, Rogue even Charles Xavier tu pun macam watak side-side jer. The main character and story all this while is always Wolverine. Ok la aku bagi rating 4/5 star. After movie, LK tanya nak gi mana lagi. Memula aku cakap KLCC ok gak, tapi bila pikir, apa ada kt sana? Sama je macam mana-mana shopping complex. One Utama? Same ol same ol. Jem lagi mesti ada. Last-last, kita lepak rumah je la LK. Leh karaoke. So, lepak la kitorang kat Keramat. LK surfing dan aku tengok telly. Rileks je la, esok nak kerje balik (boring...) Then malam tu Mira balik rumah dan kitorang kuar dinner kat Ampang Jaya makan besar sambut belated birthday Mira skali. Makan sotong kangkung, kerang bakar, udang grille, fries, sate auntie shon ….makan sampai lebam….kenyang bangat…perut tegang...balik umah, mandi dan tengok CSI Miami ngan Mira sat (repeat punya series, bosan la skang ni AXN asyik main yang repeat jer). Aku ngan Mira takde lain modal kalau tengok CSI mesti kutuk manjang (tapi tak pernah miss hokay). Selalu komen kitorang: -

1. Naper derang slalu tutup lampu bila investigate kat crime scene? Pastu dalam gelap-gelap tu guna satu torch light kecik je…yang pelik bin ajaib, MESTI terjumpa punya clue sebesar hama yang akan reveal the whole case…
2. Naper seksi benar si Natasha tu...plunging neckline tuhhh…..kasut dia lak gi crime scene…mak oiii…stiletto 5 inchi tuhh….ini baru gi kerje, gi clubbing haku tak tau la hot mana baju dia lak.
3. Tebalnyer lip gloss si Alex tu….ada masa lak taruk banyak-banyak sesambil buat autopsy ek?
4. Naper Horatio tu asyik-asyik ngan one liner dia yang kunun hebat tu?? Tatau nak cakap cemana, tapi try la dengar…dia slalu cakap something very strong, menusuk dan perli but short and orang lagi satu tu (slalu orang jahat la) mesti tak dapat balas balik…something like that la…
5. Waahhhh…canggih la kunun gadget dalam lab tu, betul ke tu ada technology camtu dalam dunia ni? Macam bagus je la Americans nih…
6. Let say kalau Eric tengah buat experiment on something kan, tetiba Calleigh masuk bilik tu dan terus Calleigh nampak clue kat celah-celah ribuan file ke, program ke, ala…yang ala-ala hologram tu dan walllaaa….mystery solved!!! Har har har! Slalu macam tu…
7. Dan slalu aku ngan Mira akan cakap “Eh, nanti kita carik nak website yang kutuk-kutuk CSI ni? Mesti ada kan? “ Tapi tak pernah nak tengok pun. Asyik lupa je…eh, pasni ni nak try la surf. Tapi nak makan la dah lunch ni (kan aku dah cakap...)

Sekian, tu la je...lapar baby nak makan. Chow.

0 comments: