CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 25, 2009

Lapoo Eee...

Semalam ada kelas ngan Suria di Wangsamaju lepas Maghrib. The first session kat Masjid Usamah Wangsamaju tapi last-last kitorang decide buat kat rumah dia lagi senang. Just in case la kalau aku period ke nanti, nak masuk masjid nanti problem sikit kan? So, Suria kata better buat kat rumah dia since rumah dia pun dekat-dekat situ je. Anyway, lepas solat Maghrib kat rumah dia, pelajaran pun bermula. Belajar-belajar, diccuss-discuss sampai tak tersedar masa dah pukul 10pm!! Walauweh..tersangatlah seronoknya sampai dah terlebih masa. Memula plan sampai kul 9pm jer..ni terlajak ke sejam sampai langsung dedua pun tak sedar. Tapi memang best belajar dengan dia. Sebab Suria ni pandai cakap. Approach dia pun friendly dan topic dia menarik. Last nite kitorang touch pasal penjiwaan dalam ibadah, niat keranaNya dan komunikasi denganNya. Next session minggu depan hari Selasa. LK akan join once dia balik dari Sabah nanti.
Lapoo update. Pagi tadi sebelum gi kerja aku perasan dia tersangatlah sukanya makan tangan dia! Sampai habis mulut berlemuih dengan air liur dia. Bibik cakap semalam sebab dia pakai sarung tangan, habis basah sarung tu. Aku cakap jangan bagi pakai lagi sebab tanak nanti dia dok jilat bulu-bulu la plak. Nanti sakit perut lak. So, mittens off! Biar dia dengan gumbiranya makan tangan sendiri. Hehehe…Karang waktu lunch aku nak cabut sat gi Subang Parade. Nak jumpa sorang perempuan ni yang nak jual dia punya baby car seat kat aku. Jumpa kt Mudah.com. Murah je maa…and it looks in very very good condition. Brand Britax lagi. RM120 jer! How cool is that?? Reason for selling, nak clear space rumah dan anak dia yang setahun pun takmo duduk dalam baby car seat tu lagi. Since it’s in very very good condition, why not beli jer. Kalau beli yang mahal-mahal karang, buatnya Lapoo tanak duduk, buat rugi duit je la pulak. So, tak yah pikir banyak, grab it je! Then malam lak, aku nak jumpa ada sorang perempuan lain lagi (jumpa kat Mudah.com gak. Ni dah jangkit ngan LK la ni. Tapi site tu memang best laa…memacam benda ada jual). Aku beli bouncer dari dia. Yang this one brand new. Nanti boleh la Lapoo duduk dalam bouncer sambil tengok tv. Isk, kecik-kecik lagi dah mengajor anak jadi couch potato. Hehehe…bukan apa, aku rasa Lapoo lekat hobi aku tengok tv waktu pregnant dulu. Sampai sekarang, kalau kita pusingkan badan dia membelakangkan tv, kepala dia akan pusing-pusing carik mana tv dia. So, dah ada bouncer dia nanti, boleh la dia just lepak sambil menonton. Oh ya, aku akan pastikan Lapoo bukan tengok citer ngarut-ngarut. Dia kena tengok TVIQ saje ;)

Monday, November 23, 2009

Groggy Day...

Hari ni aku sangat groggy. Pagi tadi bangun kul 3.30am sebab kena hantar LK gi LCCT. Dia ke KK Sabah coz company dia baru bukak range di One Borneo. So dia dan Alex (bos LK) ke sana untuk set up range. Tatau berapa lama kena ada sana. Maybe 2 minggu. Maybe sebulan. Depends apa kata bos dia. Tapi apparently Raya Haji pun dia kat sana jugak. Huhuhu...sian aku ngan Lapoo this year raya berdua ajer. Acah je, itorang beraya la kat Keramat. Takaaaaannn la nak duk kat rumah je...jenuh nangis air mata tak berlagu kitorang berdua nanti. Tapi not to worries la kan, ni Raya Haji jer..bukannya Raya Puasa (isk, nak sedapkan hati). What to do, LK kena kerja. Kalau tak kerja saper nak bagi Lapoo susu, pampers etc kan? Looks like its just the 2 of us je la kiddo. Positive positive!

Pasal Lapoo's development lak. Wah wah wah...sekarang sudah mau turn turn la dia punya badan. Start of dengan minum susu atas katil kepala senget-senget. Pastu siap kaki pun mengiring style baby tengah high on milk tu. Susah la nak describe. Nanti kalau dia buat lagi aku amek gambar dan post. Memang dah nampak sikit-sikit character dia. Comey bangat anak itew! Which reminds me, nak beli digital camera yang kecik-kecik tu cecepat sebab senang nanti nak tangkap gambar. Hp sekarang aku tatau nak upload cemana. Digicam yang sedia ada ni lak canggih sangat aku tangkap selalu gegar dan gambar tak clear. LK je yang pandai amek. Lagipun bulky. Takleh nak taruk dalam handbag. So, by next month or next year, insyaAllah kalau ada rezeki lebih sikit mahu beli la satu. Leh amek gambar Lapoo banyak-banyak lagi...hehehe....

Thursday, November 19, 2009

Lapoo and LK Bonding Moment

Lewat malam tadi tetiba aku selsema. Bersin, sumbat hidung...all the works lah. Time tu pulak Lapoo bangun untuk feeding. Lepas feeding dia tak leh tido balik. A bit cranky. Bibik pun cakap yang sepanjang petang tu, Lapoo punya mood agak tak baik sikit. So, tengah aku lepak layan Lapoo kul 2.30am kat living area, sambil bersin-bersin...LK pun dari dalam bilik cakap "LP, u don't sneeze at her. Nanti dia kena selsema" Aku jawab la balik "Then what do u want me to do? I have to hold her, nanti she cry. She cannot sleep pulak tu" Terus LK kuar bilik, bukak fridge, amek ubat selsema, suh aku makan dan tido. Dia amek Lapoo. Hehehe...LK jaga Lapoo malam ni. Yey!! Sebabkan aku makan ubat tu sebjik je (normally 2 biji terus pengsan), so tido aku tak la berapa deep sangat. Still boleh dengar whats going on. Aku dok dengar LK ber shu-shu suh Lapoo tido, tapi Lapoo dok ek ek ek lagi. Hehehe...pastu senyap. Wah...berjaya tidurkan Lapoo. Tapi tak lama, lepas tu Lapoo ek ek ek balik. Pastu kelam kabut LK buat susu. Then Lapoo senyap. Pastu Lapoo ek ek ek lagi...hehehe....Kelakar. At the end, tau apa LK buat? Dia bawak Lapoo tido atas sofa dan LK tido kat bawah. Aku tanya dia bawak Lapoo punya tilam tak? Tak. Lapik napkin tak? Tak. Lorrr.... "But she sleep soundly til 6am maa..." Itu alasan LK. Anyway, i did have a good nite rest. Thanks LK!

Lapoo atas sofa yang dia tido malam tadi!


LK dan Lapoo's bonding moment


Lapoo karaoke'ing ;P

Friday, November 13, 2009

Lapoo's 3rd Months Check Up

Smalam aku cuti. Bawak Lapoo untuk 3 months check up and jab kat klinik ibu dan anak AU3. LK tak cuti so gi ngan Mama sebab takde orang nanti nak pegang Lapoo kalau aku drive. Which reminds me, nanti nak kena beli car seat cecepat so that next month punya check up aku dah boleh bawak Lapoo sendiri, tak payah rely on Mama atau LK lagi. Anyway, semalam punya result is jeng jeng jeng…Lapoo’s weight is 5.8kg (naik 700g from last month) dan height dia 58cm (1 cm je naik!!!). Anak aku tu kemetot ikut aku kot…hehehe….tak ikut LK…sian LK frust laks..muahahaha…lepas kena cucuk sumer, kitorang pun lepak rumah Mama. Ding dong ding dong, dah kul 7 pm. Pastu baru kitorang balik rumah. Kat rumah, Lapoo tido kul 8pm dan alhamdulillah nasib baik Lapoo tak demam. Kul 1 am Lapoo bangun untuk susu dan tukar diapers. After that tido balik. Pastu bangun balik kul 5.30 am try minum susu tapi takmo sebab nak sembang-sembang ngan aku la plak…layankan je la smurfette…..dok…uuu…aaa….ooo….gagaa….gigii….etc sampai kul 7 am!! Then Lapoo pun dah makin restless.Lepas tukar diapers, taruk dalam buai dan Lapoo pun terus dengan sekejapan sekali titonnnnnnn……..

Wednesday, November 11, 2009

Lapooing To The Max

Nampaknya Lapoo dah start melapoo bukan saja pepetang tapi tengah malam jugak. Huhuhu….masuk malam tadi dah 2 malam dah ni. Normally lepas feeding atau tukar diapers, dia akan terus tido without any hassle. No crying. No cranky. Peluk-peluk dan tepuk-tepuk sikit…terus Lapoo berlayar. Easy breezy japaneasy. But….these past 2 nites ni, aiyoyoo…..teramatlah susahnyer dia nak tido balik. Lapoo punya la melapoo to the max buat aku ngan LK naik bonkers. Dah feeding, dah tukar diapers, dah burp, dah minum air masak (kalau problem dia dahaga) sumer sudah tapi dia takmo tido gak! Malam pertama dia dok terkelip-kelip. Tak nangis pun tapi just tak nak tutup mata. Mulut dok menguap manjang tapi dok tahan mata dari tido. Dari kul 2.45am sampai 5am! Pingsan haku! Dok la melayan bawak dia dokong kiri kanan depan belakang rumah. Malam tadi lagi best. 2 occasions dia bangun, around 1 am dan 3.30 am kot…ni dia memang confirm takleh tido tapi bukan jenis senyap mata dok ter plip plop plip plop macam sebelum ni…oh nooo….this is crying meneran to the max non-stop I dun wanna tido la Mama, I wanna play but my eyes dah penat nak tido tapi I wanna main with you la Mama so I just crying tahap cipan coz I’m so frustrated with me right now, kinda cranky punya perangai bayi itu. Ya Allah! Puas la aku berdokong kuar masuk bilik, tapi Lapoo dok nangis dan nangis dan nangis. Sian dia tapi sian lagi kat aku kot sebab aku kena kerja lak esok pagi tu! Last-last aku letak je Lapoo atas katil sebelah aku ngan pacifier dia dan lelama (lama gila ok) baru dia pacify diri dia dan pelan-pelan tido....hmmmm....penat tau. Pagi ni aku bangun groggy giler. Lagi groggy dari semalam. Nape ye Lapoo dah start jadi macam ni? Cukup tido sangat ke pepetang that’s why dia tak deep sleep sangat memalam. LK pun concern. Aku suggest up kan feeding Lapoo. Instead of 4 ounces, tambah ke 6 ounces. Maybe dia lapar kot. Ye la, Lapoo kan dah gemuk. Maybe whatever that is she’s having right now is not enough kot? Takpe, hari ni testing upgrading susu. Kalau dia tido soundly malam ni, meaning teory aku betul la. LK punya teori lak, Lapoo perut tak selesa…so, beli gripewater petang karang kasi Lapoo minum. Aku kata ye la tu, bagi bebanyak nanti Lapoo ketagih nak minum dari botol terus. Dah la warna dia clear, nanti jadi macam vodka lak. Ok Papa, bottoms up! Hehehe....
Lapoo ngan TokMum. Ishh..tengok gambar ni dok tingat kat Lapoo kat rumah.
Rindunya ngan baby itew..nak call la jap lagi :)

Friday, November 6, 2009

Lapoo the Brain "I Want To Conquer The World! Wahaha!"

Malas la plak nak sambung post semalam. Terus buat baru la. Pagi tadi dapat call dari Mira. Dia dapat MMS gambar yang Papa amek waktu kat umah semalam. Aku suh Mira forward email Papa tu. Bila dapat jer...nahhh...besaunyer kepala Lapoo...

Lapoo ngan TokMum

Hehehe...Mira pun dok gelak benda sama "Besaqnya kepala anak hang Kak! Macam Pinky and Brain..hehehe...Ecah Brain..i want to conquer the world..hahahah!!" Aku gelak la sambil dok pikio apolak pinky and brainy ni? Harus di google. Pastu aku jumpa la...

A'ah la....macam Lapoo...yang kurus tinggi selim melim tu lak macam saper yek??
Haaa...EVA!!! Muahaha!!! Satu Lapoo satu Eva...


Thursday, November 5, 2009

Lapoo Cooing...Aahhh...Sho Shweet...

Dapat email update from baby centre today.
"Cooing is your baby's way of showing she's happy. This pre-speech exercise lets her play with sound just as she plays with her fingers and toes. You can show that you've heard her by cooing or talking in response; see if you can have an extended conversation. While you're at it, why not record her voice and preserve her first sounds for posterity? In a few years, both of you will love listening to that early baby talk."
Ya la, selalu sangat Lapoo ber "ooo" "aahh" "auu" with me and LK mouthing words in her own Lapoo language. Pastu pandai main lidah. Dok buat terbelit-terbelit tu...hamboi...flexible dan talented sungguh anak iteww...Pagi tadi dapat fon call dari Papa. Apparently depa (ngan Mama) datang umah sebab lama sangat tak tengok Lapoo. So aku tanya la apa dia tengah buat. Papa cakap dia tengah tido dalam buai nicely dan Mama tengah dok nak kejutkan dia. Tapi Lapoo itu won't budge at all!! Hahaha!! Ya la, budak itu dah lepas mandi dan minum susu sumer, of course la tido tak leh di disturbed at all. Alamak, nak tulis lagi tapi LK dah sampai dah. Esok sambung. Chow.