CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 29, 2011

Selsema La Pulok...

Selsema la pulok hari nih...ish ish ish...tuhan ni kalau nak tarik nikmat sihat, kejap jer...semalam elok2 hari ni asyum sana sini. insap kejap...anyway, suasana sejuk pun mmg tak membantu. kuat giler ekon ofce ni rasa mcm 5% kat lake balaton dulu! nasib baik kuar lunch kat luar, at least kasik badan gerak skit dan panas. tapi balik ofce je sok sek sok sek balik. pagi tadi Lapoo hantar gi umah tok mum dia. mira ada skali, so since eva pun ada gak (eva tu every wednesday gi sana sbb bibik buat kerja umah keramat tu), and mama lak dari hari ahad dok ckp bwk la echa, echa tak dtg ke? echa itu echa ini, rindu la gamaknyer ngan budak dobot tu...so pepagi aku sms tracy ckp aisha not coming today coz she will be at grandma's hse, then hantar la budak tu ke sana. tadi baru lepas kol mira tanya keadaan, dia ckp "anak hang kak, mcm galak gedik terlebih excited dok gelak sakan hepi bukan main ngan eva." habis la aku mlm ni Lapoo tido sure ngigau tendang2 aku punya. mamfoos....

Tuesday, June 28, 2011

Serius Lapar Balik...

Serius lapar balik...tu la tadi patutnya makan nasik, tapi aku mkn mihun jer...kang dah lapar balik..ish ish ish..cemana ni weh? takpe la mlm karang la makan nasik..apa nak masak ye? lupa nak belek kitab masakan tu mlm tadi. so takde plan nak masak apa2 karang. mlm tadi masak ayam goreng serai lagi, atas permintaan ramai. cewahh...LK makan bertambah2 habis nasik seperiuk ngan ayam sepinggan! alhamdulillah...sonok tgk asben makan...semangat memasak makin membara...muahahaha!! so apa mahu masak ini malam?? pikio pikio...sementara tu nak gi turun solat jap.

Monday, June 27, 2011

Last Week Sgt Bz Okeh..

Last week sgt bz okeh..dgn meeting pagi petangnyer, dgn urgent request masuk, dgn nak conclude few contracts yg org dah kejor yob kejor...nak hapdet blog pun sampai takde masa. so, sementara tgh warm up nih, sblm prepare utk meeting kang kul 11, baik la aku hapdet something. last wiken aku terai buat kuih lompat tikam! kuang kuang kuang! alhamdulilah jadi! bagi aku boleh jadi lagi better lagi sbb kurang beberapa bahan skit..tapi takpe...first attempt. LK sampai tambah 3 kali!! walauweh...itu la sebelum masak kena baca bismillah, niat nak masak utk allah dan nak suami makan dan bagi lagi sayang lagi...cewahhh poyos....anyway, ce tgk gambar kat bawah ni sebagai bukti. hehehe...


ghuper dia cenggini sbb loyang aku taruk tak baper dlm sgt..tgh2 masak tetiba aku tingat..alamak eh, yg putih ni tak masak lagi, nnt sure nipis je..camne camne? secepat kilat aku potong dua sebelah taruk dlm loyang lagi satu kukus kat bawah...hehehhe...aku ni biasa la slalu salah budget part2 teknikal ni..



seperti biasa la 'koran' masakan aku...perhatikan air gula dia sgt gelap dan tantek....

tapi naper aku nyer air gula tak macam gambar? tak cukup gelap...maybe jenis gula kot..next time pakai gula kabong tak??


tadaa!! ni la dia hasilan dapur tunggang terbalik aku...LK makan sampai 3 kali tambah...heheheh...

Tuesday, June 21, 2011

Lagi 5 Minit Lagi...

Lagi 5 minit lagi meeting...boringggggggnyerrrrr.........takpe la at least kes TA bukit tadun dah lepas tadi...alhamdulillahhhhhhhhhhh......

Monday, June 20, 2011

A Good Break..

A good break. we went to Singapore last weekend. sonok sonok sonok. pegi since mlm rabu balik ahad tghari. kami jenjalan almost everywhere sampai penat giler lenguh kaki. dari pagi sampai malam! Lapoo enjoyed the most. alhamdulillah dia sgt2 sporting. dia pun dah besar. so the cranky uncomfortable phase sumer dah lepas. nak berjalan je. tego org sana sini. dlm mrt, dlm bas, dlm shopping complex, dlm restaurant, sumer nak disapa "hye auntie!" "bye2 uncle!" Lapoo sgt adorable!


@ sentosa..Lapoo dan baiya2. dok kendong kehulu kehilir baiya dia.

@ the bridge between esplanade and the famous merlion


@ singapore zoo

the happiest baiya!

Wednesday, June 15, 2011

Macam Nak Demam...

Macam nak demam rasa hari ni. malam tadi waktu tgh tido aku bersin2, pastu hidung sumbat, bangun taruk vicks kat hidung byk kali. ni dah bangun dan kat ofce pun rasa mcm a bit down the weather. hopefully akan recover by end of the day. ya allah, aku memohon darimu kesihatan yg baik...amin...petang semalam lepas ofce hour kitorang gi ampang point. ultimate plan aku nak beli contact lens. sampai sana makan dulu kat taiwan house. tak best la makan kat situ lagi. tempat dia dah renovate tapi entah la...rasa macam takde kick sgt mcm dulu. dry noodle dia pun rasa mcm terlalu dry sgt. harga naik rm1.90 plak tu. hampeh...lepas makan naik gi surau dan habis je solat terus LK ajak karoke! hehehe...song box tu yg cam karoke bilik kecik tapi dia ada gak jenis bilik2 sederhana/besar gak. takde la exclusive mcm red box pavillion ke apa..sekadar nak lepas gian, boleh la...so, LK amek bilik sederhana yg ada sofa kira selesa la sikit utk kami duduk. dia ada byk pakej. LK amek yg 1 1/2 jam bayar rm19 utk bilik yg tu sekali dgn 2 air tin compliment song box. waahhhh...murah maa...memula Lapoo cuak gak sbb LK tak reti control volume lagi, so mcm terkuat. after that wahh...enjoy btul siap tepuk2 tgn happy...nasib baik dia tak nangis..ada can bawak dia lagi ni next time. all in all, best la karoke sana. songs selection pun byk dan yg paling penting sound system dia sgt walla!! kuar je dari karoke, kedai pun dah byk tutup dan contact lens aku pun tak beli lagi...hampeh....

Monday, June 13, 2011

Wiken Lepas Aku Masak...

Wiken lepas aku masak ayam goreng serai. hahaha. nasi tomato tak jadi sbb takde cukup masa. hari sabtu pepagi dah gi puchong amek keta kat bengkel. pastu petang trus gi keramat sampai kul 8mlm dah kenyang makan sana. esoknyer pagi gi klang sbb mak LK katanya tak baper nampak sbbkan katarak..petang singgah keramat skali lagi amek comforter. balik umah dalam 845pm lapa giler terus goreng ayam goreng serai, dari buku chef sama gak. which aku perap since 24 jam lepas. hehehe...buku kata perap 15 minit je. dah tak jadi masak nasik tomato, makan ngan nasik putih panas2 pun sedap giler. serius mmg sedap LK sampai mintak tambah nasik. dia kata rangup giler. cewahh...bestnyer...ini la yg membakar semangat utk aku masak lagi ni. hehehe...takpe, nasik tomato next next wiken plak. nnt nak try buat kuih skali. sbb nmpk mcm senang giler jer....meh tgk gambar walaupun kualiti kurang memuaskan.


ayam yg diperap dlm peti sejuk lebih dari 15 minit. 24 jam to be exact. hehehe...



proses menggoreng dlm kuali sekangkang kera.

gambar sebagai panduan dan tunjuk ajar. hehehe..



last2 menjadi gak, alhamdulillah...gelap skit sbb bayang2 aku..perhatikan ada tompok2 halus putih kat ayam. itu adalah garam yg aku tabur sbb tgh2 menggoreng tetiba aku tingat yg aku tak taruk garam langsung waktu perap!

Friday, June 10, 2011

Hari Ni Friday...

Hari ni friday, yahoo! esok wiken, yahoo! takde la rancangan gempak2. just rest and relax. oh ya, nak cuba buku resepi baru tu. im going to challenge myself masak nasik tomato. perghhhh!!! cuba ye jgn tak cuba! ewaahhh!! apa2 hal nnt aku update sini. hehehe...

Thursday, June 9, 2011

Pagi Tadi Bawak...

Pagi tadi bawak iswara gi keje. fulamak...lama btol tak bawak keta manual. walaupun keta lama tapi sedap strolling kat hiway. myvi tu skang ada kat bengkel di puchong kena touch up skit2. ketuk yg kemek, cat yg calar, kasik cantik skit sbb hari sabtu dah nak hantar kat mira utk rentals kat cyber. hopefully ada demand, insyaAllah..5 kali sewa dah boleh bayar installment kat bank dah. lebih dari tu dah untung skit...boleh la buat side income utk revo. alhamdulillah...so for the time being, pakai la kami keta iswara. walaupun keta lama, tp enjin tip top, interior pun cantik lagi. according to nicholas, owner lama indian lady. keluarga derang tak kaya sgt. famili tu ada keta sebijik je. so jaga bebetul la. mileage utk 11 tahun usage pun baru 130K je. mcm tak caya kan?? tapi downside dia, takde tinted dan takde power stereeng la. jenuh gak la nak masuk parking. oh ya, takde cd player jugak, just cassette player. hehehe...tapi ok la LK kata its a bargain utk keta in mint condition utk rm6K je. iswara pun maintenance murah. dan minyak pun jimat. yg paling penting takde hutang bank nak baya installment bunga bagai :)

Wednesday, June 8, 2011

Selalu Bila Time Puasa...

Selalu bila time puasa aku asyik la nak membelek blog pasal makanan...pastu terliur sendiri...truk tul. kalau hari2 tak puasa, tak baper la sgt. hmm....malam ni nak bukak puasa apa ye? nak masak sendiri agak kelam kabut sbb slalu sampai umah bebetul 5-10 minit sblm azan maghrib. slalu aku makan kat kedai tomyam jer. pegi kedai sama dan order lauk sama. sup cendawan. ikan kembung goreng kunyit. telor dadar kosong takmo cili ngan bawang 2 bijik. nasi putih 3. air suam 2 taruk ais skit takmo panas sgt. appetizer (cewah!) kepok goreng ngan cili sos. makan la kami 3 beranak. price rm13 je. kenyang dan convenient. so mlm ni aku nak mkn lain la plak. makan nasik kari mamak. heheheh...lama tak makan kari kambing..tentu shedap...


oh ya, buku resepi yg aku order tu dah sampai smalam. mmg mantap la gambar2 dia dan semua nmpk mcm senang jer. so insyaAllah aku nak try resepi pertama utk lunch wiken ni. tapi masak apa, tak pasti lagi. mlm ni kena belek buku dulu. hehehe...

Tuesday, June 7, 2011

Alhamdulilah! Alhamdulilah! Alhamdulilah!

Alhamdulilah! Alhamdulilah! Alhamdulilah! dah jumpa passport aku dan LK!!! syukur sgt2...gembira tak terkata sampai menangis aku kegembiraan....serious, aku tak pernah nangis gembira sgt sampai ngongoi-ngongoi sbb terlampau happy, terima kasih kat tuhan byk kali..serious terasa diri sgt disayangi oleh Dia! Dia dgr doa aku, pengharapan aku dan pergantungan aku! walauweh..teremo laks. tapi bebetul aku tak sangka..kalau tak sebab dia gerakkan hati aku utk seluk belakang seat keta poket tu...sure aku sampai la ni muka aku dok monyok mcm taik lembu...seluk2, aku terasa macam something familiar dan walla!! passport passport!! waktu ni aku dlm keta tunggu LK beli coffee kat old town gombak waktu lunch time tadi. terus aku kol LK nangis2 over serious sambil sebut nama allah byk kali. mcm org gila pun ada gak bila aku pikir balik. hehehe...so, thanks you god for always listening and always giving. now i can truly feel His love.


cemana passport tu boleh ada kat situ pun, is still beyond my puny brain. sure aku yg letak sana sbb selama ni aku yg simpankan. tapi kenapa sana aku pun heran. ????

Aku Tak Dapat Concentrate...

Aku tak dapat concentrate apa2 skrg. since mlm tadi. aku sudah buat satu blunder besar. mlm tadi aku terpaksa confess dgn LK. aku terhilangkan passport aku dan dia. arghhh!! tensionnyer.....mana aku letak? serious aku lupa. seingat aku, mmg aku letak somewhere yg selamat. masalahnyer, skrg aku dah lupa mana tempat tu. adussss...dugaan besarnyer dari tuhan. ya allah..tolong aku...kau yg maha mengetahui kat mana aku simpan passport tu...tunjukkan lah...ya allah...mcm biasa bila LK tau melompat la sumer bebelan mak nenek keluar. aku pasrah dan terima je. sesambil giat carik semua tempat dalam rumah! semua beg aku selongkar. ni kat ofce aku selongkar lagi segala laci2, celah buku2, file2. tak jumpa jugak. ya allah...tolong aku....mlm tadi buat solat hajat sbb hati tak tenteram. tido pun asyik terjaga tak baper lena. sampai ofce pun takleh concentrate buat apa dah. baca blog yg kelakar pun takleh nak gelak. risaunyer aku...atau ada org dah curi? ye la, passport kan ada harga. ya allah...tolong aku....

Monday, June 6, 2011

Currently Reading...

Currently reading this book "Cerita Dari Hati" karya Nurul Nazwa. baru je start semalam. novel about teen girls hopes on love for friends, family and most importantly Him. not bad.



Memula igt nak beli buku karya fatimah syarha. tapi tak jumpa la pulak. so beli yg ni la dulu.

Friday, June 3, 2011

Sebarkan Bahagia: Fakta Yang Perlu Diketahui Tentang Pernikahan Rasu...

Sebarkan Bahagia: Fakta Yang Perlu Diketahui Tentang Pernikahan Rasu...: "NAMA ISTERI SEBAB PERNIKAHAN HIKMAH PERNIKAHAN KONFLIK RUMAH TANGGA TAHUN DAN TEMPOH PERNI..."

Thursday, June 2, 2011

Aku Banyak Dengar Keluhan....

Aku banyak dengar keluhan orang sana sini mcm2 cara org lepaskan perasaan. ada yg mengucap panjang, ada yg jerit geram..mcm2 lagi la. tapi nak tulis citer pasal satu lepasan perasaan dari sorang pompuan ni tadi dlm surau. dia ni mcm ada masalah besar la kot. dok call satu customer service company ni. dok terangkan itu ini. dari gaya mcm tak puas hati dgn something. suara pun dok naik2 jugak la sbb tgh marah kan? aku tgh solat tau taim ni sgt takleh concentrate sbbkan suara dia yg bergaung tu. lepas tension call customer service tu, dia pun call kawan dia pulak utk mengadu lepas perasaan. dok citer punya citer punya citer, tetiba dia ckp "tension weh, tension, tuhan amek la nyawa aku!!" tersentap aku. taim ni aku dah habis solat dok doa2 je (yg ternyata tak kusyuk langsung!) apa la naper kena ckp mcm tu. tau tak, kalau nyawa ko dah takde semua dah tamat. gone. habis. peluang nak buat baik dah tutup. ada lak doa mcm tu. jgn la kan...byk lagi cara lain nk ckp..kalau istighfar pun ok jugak kan? minta tuhan ampunkan dosa. dari ko mintak tuhan amek nyawa. pelik betul setengah2 org ni. itu je aku nak citer. skang tgh tunggu LK dtg pass keta. aku tak lunch sbb masih puasa.

Wednesday, June 1, 2011

Aku Baru Je Beli...

Aku baru je beli buku resepi ni tajuk dia 1 hari 1 resepi dari mudah.com. dari last 2 months lagi dah plan2 nak beli tapi asyik terlupa jer. first time belek buku ni kat popular leisure mall tapi aku tak igt pulak naper aku tak amek. anyway, disebabkan aku puasa 2nd day hari ni, so asal puasa je mesti igt makanan lebih, itu biasa la kan? trus goggle mudah dan jumpa dan walla! buku itu akan di pos esok. suker suker suker! lepas ni byk resepi boleh cuba la ye. insyaAllah...


hari ni ofce sunyi sbb most girls takde pegi jd usherette kat egm axiata. mak liha ada gak ajak aritu tapi idak la aku berminat jd usherette ni wei. baik aku lepak ofce buat keje sambil bersenang lenang. so far byk gak keje aku dah settle, alhamdulilah. tak sabar nak balik umah sambung tafsir dgn LK. mlm ni surah an-nas.