Wednesday, September 24, 2008
Lauk Apa Hari Nih?? Sempoii.....
Posted by smurfette at 7:32 AM 0 comments
Monday, September 22, 2008
'My New House!! Woohoooo!!!!' - LK (Helloww..apa ni woohoo woohoo...cakap apa?) 'Alhamdullilah...' - LK
Hari Ahad pagi LK ajak gi umah baru dia cuci mop bagai sebab orang furniture nak datang pagi tu. Plannyer malam Sabtu tu nak pegi qiyamulail kat As-Syakirin KLCC tapi sebab takut terbangun lewat, so kitorang decided pegi next weekend. Rancang gerak ke Batu Caves dalam kul 8am. Tapi...last-last kitorang punya tido lepas Subuh sudah terbabas ke pukul 10am. Arghhh!!! Lewatnyer...Terus kelam kabut get ready dan shoot ke sana cecepat. Sampai je terus gi kedai beli mop, pail, penyapu, dust pan, etc etc dan terus cuci dan cuci dan cuci dan cuci. Wuihh!!! Penatnyer...tengah puasa lak tuh. Tapi LK takde sikit pun complain sebab tengok dia happy jer...yela, orang dapat umah baru...senyum sampai ketelinga. Ngam-ngan kitorang siap, furniture pun sampai...nasib baik derang pun sampai lewat..pasang-pasang dan by kul 4pm umah pun dah nampak macam umah. To celebrate, malam tu kitorang buka puasa kat kedai tomyam favourite aku kat Selayang... bessttt....
View dari master bedroom...leh nampak MRR dan bodyguard kuning itewww...muehehehe...
Second room waktu furniture dah masuk.
Posted by smurfette at 7:41 AM 1 comments
Saturday, September 20, 2008
Garden Impiana Mama
Hari ini dalam sejarah. Issue October 2008
P/S : Typo error Karangkraf.. nama mak aku dan jenis kediaman...apa daa...
Wow! Glossy pages.
Posted by smurfette at 2:44 PM 2 comments
Dam Dam Dum! Bunyi Mercun...
Posted by smurfette at 2:32 PM 0 comments
Thursday, September 18, 2008
Nasi Bukhari Gitewwww....
Acah jer...ni aku beli kat pasar dato keramat daa....hehehheh...semalam aku tak larat nak masak sebab selsema. Aiyoo..kalau kena selsema waktu bulan puasa...masyaAlah...SEKSA nyer...dugaan besar...dah la takleh minum air milo...takleh makan ubat...Aircond lak full blast tak membantu keadaan. Aku rasa bengap kepala hotak. So, cakap ngan LK aku tak larat masak...beli je food kat pasar dan yang sewaktu dengannya. Oh ya, kalau dah gi Dato Keramat tuh, benda wajib ialah cakoi. Bestt...Tambahan, aku lately ni macam malas je nak masak sebab the past few days ni pun kitorang asyik buka kat luar. Hari Isnin aritu buka kat Islamic Arts Museum...sedap pekena middle eastern food. Hari Selasa lak kat Crown Princess. Hari ni karang kat Legend. Monday kat Dewan Perdana Felda lak. Alhamdullilah...dapur umah tak berasap :P
Mama semalam call sebab dia worry lama lak aku tak call dia. Lufer lak aku..Hari ni kul 2pm Papa pegi Mekah seminggu ada projek ngan geng-geng dia. Bukan buat umrah ke hape tapi ada projek apa tah aku pun tatau. Papa remind aku suh teman Mama from time to time. Tu yang ingat Sabtu ni nak buka puasa kat Keramat la. Hari Ahad lak tatau lagi sebab LK dah dapat kunci umah dia...ajak aku gi sana mop cuci bagai sebelum furniture masuk. Sonok tul dia. Aku actually dah ingat-ingat lupa lay-out rumah tu. Keta LK pun maybe akan dapat sebelum raya. Big boss cakap, once Alex balik dari cuti je diorang akan proceed register keta tu. So, tahun ni LK raya sakan la noo....
Posted by smurfette at 1:32 PM 3 comments
Tuesday, September 16, 2008
Si Game Boy
Posted by smurfette at 6:00 PM 1 comments
Monday, September 15, 2008
Makna Bacaan-Bacaan Dalam Solat
Subhaana rabbiyal azhim
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung
Sujud
Subhaana rabbiyal a'la
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi
Duduk Diantara Dua Sujud
Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii, wa'fu'annii
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupilah aku, angkatlah derajatku, ber rizqilah aku, tunjukilah aku, sehatkanlah aku dan maafkanlah segala kesalahanku
Bacaan Tahiyyat
At tahiyyaatu lillaah, wash shalawaatu waththayibaatu
Semoga kehormatan untuk Allah, begitu pula segala do'a dan semua yang baik-baik.
Assalaamu'alaika ayyuhan nabiyyu wa rahmatullaahi wa barakaatuh
Salam sejahtera untukmu wahai para Nabi, dan rahmat Allah serta barakah-Nya.
Assalaamu'alainaa wa'ala ibaadillahis shaalihiin
Salam sejahtera untuk kami dan untuk para hamba Allah yang saleh
Asyhadu anlaa ilaaha illallaah, wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuuluh
Aku bersaksi bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahwa sesungguhnya Muhammad adalah hamba Allah dan Rasul-Nya
Allaahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'alaa aali Muhammadin, kamaa shallaita 'alaa Ibraahim wa'alaa aali Ibrahim, wa baarik 'alaa Muhammadin, kama baarakta 'alaa Ibrahiima wa'alaa aali Ibraahima, fil 'aalamiina innaka hamiidun majiid.
Ya Allah, berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia.
Posted by smurfette at 1:12 PM 0 comments
Update Masakan
Ini la rupa dia...tapi sedap tu makan ngan sos cili tomyam lingham...yummyyy...
Posted by smurfette at 8:05 AM 0 comments
Auf Wiedersehen My Adek!
Kitorang sumer buka puasa kat Keramat...dengan Adek...
Sementara tunggu Adek check-in.
Adek ngan Mama. Anak kesayangan Mama dia nih :P
Adek ngan Papa. The twins.
Adek down the escalator....huhuhu..
Posted by smurfette at 7:05 AM 1 comments
Friday, September 12, 2008
Turn Tangga Naik Tangga
Aishah : "U kat ner dah ni?"
Aku : "Eh, kul baper skang?"
Aishah : "Kul 1.10pm dah ler. I kat Amcorp Mall...kata kul 1 tunggu sini??"
Aku : "Errkk...ok ok i on the way!!" (Aku kat office lagi...boleh???)
Posted by smurfette at 7:43 AM 1 comments
Thursday, September 11, 2008
Dugaan....
Hari Rabu pun aku tak masak jugak. Ayam dah keluarkan since sebelum gi office lagi tapi balik tu LK ajak gi beli kuih kat AU3. Jenjalan dan jenjalan pastu nampak lak nasik kukus ayam dara...wuiihhh!!! Besonyer ayam dia..so LK pun cakap la aku tak yah masak. Hari ni rehat. So, beli je la 2. Aku cakap kat kakak jual tu "Kak, 2 ye. Bungkus ok?" Ehh...mesti la bungkus kan? Takkan aku nak makan kat situ gak...bongek tul aku. Anyway, malam tu kitorang makan nasik kukus tu. Lupa nak amek gambar. Okay la, aku suka sambal cili dia...best tapi nasik dia tak sehebat nasik kukus Marinara tu. Ayam dia walaupun besar tapi tak banyak sangat rempah serdak-serdak macam kat Marinara tu. Hmm...one day nak gi makan kat sana la.
Hari masak apa ek? Goreng ayam je la. Pastu buat ikan bilis sambal kot dan sayur pun banyak lagi. Ada kobis, french beans, carrot. Baik masak cecepat sebelum tak elok.
Apa lagi update ye? Oh ya, Iman is at it again. Tension aku. Bukan aku je, mama, papa, mira dan sampai amri pun dah masuk campur. Aku dapat phone call dari mira malam tadi waktu aku tengah mamai tido dalam kul 11.30 (aku slalu tido awal skang nih, penat bangun awal sangat pepagi). Dia tanya mana rumah suhana tu. Aku pun tak tau pebender yang aku jawab...lupa. Anyway, pagi tadi aku kol mama dan borak lama gila ngan dia sebelum start office. In my opinion, masalahnya bukan suhana ke, nabila ke, nadia ke, saper ke. Those kids will come and go. Iman tu sendiri yang kena ubah perangai. Selagi dia tak berubah selagi tu la masalah akan timbul. Ikut LK senang je. Dia suruh hantar kat sekolah cina. I was like...wtf??? What good will that do? Dah la dia tatau bahasa cina...alik-alik nak campak sekolah tu..apasal lak? LK cakap sekolah cina takde rempit-rempit ni. Budak-budak cina okay sikit sumer belajar je takde nak hu-ha-hu-ha macam bebudak melayu ni. Aku agree tukar sekolah, tapi bukan la sekolah cina. Aku suggest kat mama, mama kata nk hantar mana? Melawati? Lagi laa...Lembah Keramat? No way...Taman Keramat? I dun think so...Sekolah agama? Ntah la....malam ni pas terawih nak singgah sana jumpa mama sat. Aku pun tak tau nak cakap apa lagi sebab semua benda dah cakap. Malas la nak repeat repeat ni. Buang masa. Buang tenaga. Buang karan. Buang buih. Penat weh! Aku sebagai kakak pun penat, imagine la mama ngan papa sebagai parents...sian kat derang....tak tau la...aku tau, ni sumer phase je...tapi sementara nak lepas phase ni...aduhhh...seksanyaaa.....so, kena banyak doa je la...mintak kuat semangat...amin..
Posted by smurfette at 12:38 PM 2 comments
Tuesday, September 9, 2008
Memasak??? Biar Betul Labu???
Masak lemak cili api ayam. LK kata sedap tapi aku frust sikit sebab aku kurang kacau kuah dia (aku ingat 10 minit kacau tu kira dah lama) jadi di cam ketul-ketul sikit...bak kata Kak Ina, kalau kurang kacau nanti dia nampak macam basi...a'ah...betullaa....
Posted by smurfette at 12:50 PM 2 comments
Monday, September 8, 2008
Full House Buka Puasa
Last weekend buka puasa paling best untuk aku. Sebab first, aku dah start puasa hari Sabtu. Second buka puasa sumer full house. Kat keramat, semua ada. Boy, Nazira, Amri, Mira, Adek, Iman dan LK. Sampai meja tak cukup, so aku suggest makan kat bawah. Seronok sangat. Yang paling happy papa dan mama la. Sumer anak-anak termasuk menantu 2 orang ada. Lauk biasa je tapi full attendance tu yang tak ternilai. Pas makan semua gi terawih kat masjid setiawangsa reramai. So happy!
Tengah prepare sebelum buka. Kain sapra rentang panjang sebab ramai orang.
Baca doa sebelum makan. Sian Adek demam hari tu tapi gagah gak puasa.
Pastu malam Ahad lak buka puasa rumah aku. This time minus Amri sebab dia gi tahlil umah kawan dia. Aku masak mee kari. Penat oii aku start masak start kul 2pm! Kul 12 dah gi Giant beli barang. Celur taugeh, sayur kailan, rebus telor, goreng tauhu sumer bagai. Untuk dessert lak aku try buat tiramisu. Patutnya pakai biskut lady's finger tapi biskut tu takde kat supermarket so aku guna la McVitties. Okay la sedap sebab aku taruk cream cheese dan peaches banyak giler...lupa lak nak amek gambar! Papa suka makan mee kari aku tambah sampai 3 kali!! Boy kata boleh buat niaga tahun depan punya juadah...LK lak kata nanti bila dia dah bukak kedai yam-cha dia, aku tak yah kerje Celcom lagi...masak mee kari je untuk customer dia....hihihihi....aku bangga sehh!!
Sekali lagi kitorang makan kena duduk bawah juga sebab obviously maaa...meja 4 seater jer la...
Mira muka dah baik dah tapi masih sewel. Tapi dia suker mee ari aku. Ni buktinya. Gila punya budak. Hehehe..tapi aku sayang dia.
Posted by smurfette at 1:49 PM 2 comments