CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 31, 2008

Suprise!!

Guess who's gonna be a mummy next year???

Alhamdulillah.....still early though but insyaAllah i will keep posting the development :)

Karaoke Mania

Ini Iman dan LK, juga dikenali sebagai orang yang teramatlah freako maniac karaoke (termasuk la yang menulis nih skali :P) Pantang ada masa je, mesti kena karaoke. Weekend break panjang tu, kitorang nak tengok wayang kat MBO Galaxy Ampang. Lupa lak tajuk apa tapi Keannu Reeves yang berlakon....boleh tahan gak citer tu very intruiging and quite interesting. Sebab lama lagi nak start, Iman terus suggest "Kak, jom karoke? Iman banjer... " Amboi adik aku....hebat nak belanja aku karaoke tuh. Aler, yang karaoke bilik tu (aku panggil karaoke jamban). RM1 satu lagu. Okeh, set. So, apalagi, sponsor dah ada, melalak la kami. Tapi, aku tak la sampai hati nak amek duit Iman, walaupun dah di hulur. Budak kecik maa...so, bayor la encik LK. Aler, RM10 untuk 10 lagu je cukup la sementara kill time nak tunggu waktu start movie. Duduk la kitorang menyempit-nyempit nyanyi-nyanyi bergumbira dalam bilik tu. Hehehehhe...


Isk isk....adik abang ni sehati sejiwa betul...

Amboi laki aku....suara tarik bukan main sampai timbul sumer urat hijau. Seram....juga perhatikan mic tu dia taruk macam paip dalam setengah kaki untuk apa tah sampai sekarang aku masih muskil. Hmmm....kena pegi lagi ni untuk siasatan lanjut :P

Wow! Lagu Kasihnya Laila.....feveret siapa?

Iman la...siapa lagi. Dia ni aku pasan memang minat sangat la nyanyi lagu laki yang low-low note nih.

Suasana karaoke waktu cuti sampai berjangkit ke Keramat. Tengok la Papa tu. Dia bukannya suka nyanyi. Kena paksa baru dia akan buat. Macam hari tu, Mira yang kena pegang mic tau. Posisi nyanyi dia pun macam raja.....raja Cleopatra gitewww....hehehheh...

Walauweh, Mama pun nyanyi. Tapi aku ngan Mira selalu heran dan penah tanya Mama, "Naper Mama kalau nyanyi bunyi macam mengaji ek???" Hehehheeh...jangan marah, nanti kena jual.

X'mas Hols!

Pagi hari Christmas, LK ajak aku ngan Iman (Iman tido umah aku sebab Mama ngan Papa gi kenduri anak Wak Dol di Kedah) gi umah kakak ipar LK, Jane kat Klang. Lepas singgah breakfast mamak kat Melawati kitorang gerak sampai dalam pukul 12 tengahari semua orang dah ada. Sharon dan Kakun tido sana since the day before sebab tolong Jane masak. Memang best la sebab Kakun masak kari la apalagi! Lewat petang sikit, Stanley pun datang. So, kitorang lepak-lepak, makan-makan, nyanyi-nyanyi, merry merry sampai la dekat kul 7 pm baru kitorang balik. Overall, a very joyful celebration dan klakar sangat tengok Jane a bit tipsy (mabuk... hehehe..) dancing-dancing ngan Stanley.

Ni gambar abang tiri LK, Ronnie Pereira waktu muda-muda dulu. Rambut panjang macam rockers gitew. Bekas Revolvers kata LK. Wuyoo...

Baby Soya sangat comel pakai topi christmas. Makin bulat pipi nyer...iskkk..nak geget geget ghaser....grrrrrr.....


Rina the Santarina

Leslie, anak Jane mendendangkan lagu "I Have Nothing". Penuh penghayatan wa cakap lu.

Family photo
First row, from left to right - Iman, Rina, Man, AB, Jane, Stanley dan Boboy
Second row, from left to right - Ama, Sharon, Kakun, Julie, Baby Soya, LK

Wednesday, December 24, 2008

Cuti Cuti Cuti!!!!

Yeay! Khamis cuti. Jumaat cuti. Sabtu cuti. Ahad cuti. Isnin cuti. Walauwehhh..cuti paling panjang bagi aku lepas cuti kifan ari tuh. Best best! Nway, aku tak baper sihat hari ni (whats new girlfren? asal nak cuti je mesti datang selsema). Aler...aku dah nak solat. Tak dapat tulis panjang. Pas ni nak balik awal amek Iman ngan LK. Ada citer menarik nak tulis pasal accident keta. Nanti bila sesenang waktu cuti aku tulis ok?

Tuesday, December 23, 2008

Yarabii!!! Kotoqnya...

Last Saturday LK ajak aku gi teman dia beli barang untuk range dia kat Jalan Pasar. Since aku lepak kat Keramat hari tu, aku ajak Iman tag along kitorang. Dia pun ok je la sebab baru habis tiution malas nak buat apa-apa (oh ya, dia dah kena ban dari own hp dan lap top, good move Papa!). Nak pegi sana je, punya la jem. Yela, waktu tu pukul 3 pm gitu. Orang rushing nak balik umah ke nak shopping ke hape tapi banyak keta la plak kat KL time tu. Dah la LK lalu ikut Jln Bukit Bintang, nak ke situ je dah jem. Sampai sana jalan tutup pulak dah. Terpaksa la masuk lorong-lorong sana sini yang aku pun tatau kat mana. Iman sepanjang dalam keta dok sibuk nak shi shi la pulak. Aku kata kejap karang sampai hang shi shi la puas-puas. Last-last sampai la Jalan Pasar. Apalagi...Iman pun...."Kakak...cepat la Iman dah nak kench dah ni!". Aiyooo...budak ni bladder macam orang tua. Park je keta kat satu lorong ni (oh ya, LK ni memang pakar bab-bab parking free. Dia jenis manusia yang tak ske parking berbayo sebab dia selalu rasa macam over charged parking kat KL nih), Iman nampak satu restoran mamak dekat lorong tempat parking tu dan dia terus lari ke belakang carik toilet. Aku pun follow dia. Tapi.....yarabbi.........kotoq gilak gilaknyer restoren tu punya dapur!!!!! Desperate nak terkencing sangat kot adik aku sampai sanggup masuk tempat macam ni...eiiiiii....kalau aku, sori la mintak mahap shi shi aku tersedut balik bila tengok tempat kotor macam nih. Aku hanya harap Iman takde kena apa-apa penyakit kat tempat ni...tapi....eiiii.......kotorr....aku siap tangkap gambar sebagai bukti. Aku tak nak cakap apa nama restoran mamak tu tapi dekat-dekat Jalan Pasar la....hisshhh...geli aku bila tengok gambar tu balik. Kalau aku tau la macam ni, sure aku dah tarik tangan Iman sebelum dia sempat lari masuk sana. Kalau Mama tau ni sure dia marah punya la. Yela, kita pompuan ni lain sikit, masuk tempat kotor je, nanti akan expose ngan penyakit kencing kotor ke, aper ke...doa aku takde apa-apa la kan? Tapi serius geli geleman tau.

Lantai kotor. Berair...yuck!

Apa tah isi dalam guni-guni yang mamak ni simpan sampai ke siling !!!! Pastu ada ice box yang aku takut nak jenguk pebender la kat dalam tu. Harap-harap mamak tu tak simpan ice dalam tuh!! Ni kalau Jabatan Kesihatan datang buat spot check sure FAIL punya!!!

Friday, December 19, 2008

Its Friday!! Yeay!!

Aku bangun awal 15 minit dari biasa. Semalam Mak Liha mintak tolong aku amek nasik lemak dari Kak Hasnah untuk division meeting pagi ni. Ingat nak gerak awal la sebab aku ada meeeting kat Tmn Desa same time. So, plannyer aku amek nasik lemak, drop kat office dan terus shoot gi Tmn Desa. Kul 7 am, sms Ajoi cakap aku ada meeting kat sana dan tak boleh attend Divisional meeting. Ingat kot Ajoi nak balas balik ok and noted macam selalu. Tapi tidak, Ajoi cakap mintak tolong bagitau TCM buat meeting kat Menara instead. Ajoi nak aku attend the meeting by hook or by crook. Terdetik kat hati aku, ada announcement penting ke nak di sampaikan...nak-nak jugak aku datang....errrk...boleh ke bagitau TCM last-last minute gitu? Meeting lak ngan external dan involve ramai party. Aku cakap kat Ajoi, I try to arrange la. Terus la aku sms orang TCM convey the request. Sesambil tunggu reply, aku siap-siap sumer. Bila dah ready, aku pun amek nasik lemak Kak Hasnah. Pastu terus make my usual route. Aiyoo...jem gilerrr la plak.....tu la, dari bangun awal ke tetiba ada commotion pasal sms dan layan dan layan dan layan...terus aku lambat dan jalan pun jem...huhuhu....right then, TCM pun reply mesej aku. As suspected, diorang takleh nak postpone atau tukar venue. So, akan proceed without me lar. Ok la, nak buat cemana, aku cakap saya hanya mengikut arahan bos (dan mintak maap kat TCM byk-byk). Sampai office, tengok-tengok bukan ada divisional meeting. Ada Legal Awareness daaa....last minute booking lak tu. Tu yang Ajoi suruh aku attend jugak. Meramai kan audience.....ingat nak buat announcement naik pangkat tadi....hehehhe...acah jer....

Normally route ni kalau aku gerak dari umah kul 7.45 am jalan akan clear giler. Tapi di sebabkan aku lambat keluar....keta terus mengular......hhmmm.....

Nasik lemak Kak Hasnah dalam plastik oren tu. 30 bungkus. Berat. Oh ya, aku bawak keta dari dulu memang kaki ayam. Dan selalu letak kat sebelah tu. Habit.

Jam tunjuk kul 8.11 am. Lagi baper minit nak kul 8.30. So hari ni aku officially lewat.

Haaaa.....ni la namanya Mak Kutu. Mak Kutu sedang mengupacarakan pembahagian harta karun pada Anak Kutu. This month bulan aku. Yeay! dan Alhamdulillah....Tapi duit tu aku dah terbelanja sikit beli tudung. Tak dapat duit lagi dah terbelanja. Orang kata apa? Belanja in advance..... :P

Thursday, December 18, 2008

Dinihari di AU3

Routine harian aku. Alarm hp bunyik kul 5.55am. Snooze 2-3 kali then kul 6.15am baru bebetul bangun. Lepas solat Subuh dan baca Quran sampai kul 6.45am, terus prepare breakfast LK. 3 biji half boil egg atau scramble egg ngan 4 keping roti sapu butter. Sesambil tu buat snack roti tuna utk bekal LK. Kul 7.15am bila dah siap sumer aku pun mandi dan siap-siap gi kerje.

Sesambil tunggu air mendidih untuk masak telur, selalu aku lepak kat luar balkoni dapur menikmati permandangan. Ni pagi tadi punya suasana. Tersergam atas BA tu Kondo Anteneum (something like that la ejaan dia). Besar giler kat atas puncak. Time-time macam ni, most household dah start pasang lampu dan start life.

Permandangan sisi lak. Flat biru putih tu polis punya. Nampak tak bukit yang berbalam-balam tuh? Cantik kan? Tu aku rasa Bukit Melawati kot.

Ni lak swimming pool olympic size kat umah aku. Besau giler siap ada jakuzi :P . Pastu yang kona-kona tu bleh nampak highway ke Jln Duta dah siap. Aku rasa tengah testing lagi kot sebab sometimes leh nampak macam highway patrol ronda slow-slow kat situ. Kalau dah siap nanti, best la, sebab nak gi Jln Duta nanti boleh terus dari sini. Aku ada nampak satu jalan susur dia buat kuar/masuk dari roundabout Setiawangsa meaning dekat giler la access highway tu dari rumah aku sebab roundabout tu bawah sini je haa....alhamdulillah...ngan Jusco dan highway baru nih, aku rasa value rumah aku dah naik banyak dah ni....

Wednesday, December 17, 2008

Lemahnyer.....

Sesungguhnya aku insan yang lemah. Sangat lemah. Maha lemah. Ya Tuhan...kuatkan semangat hamba mu ini....aku kalah dalam pertarungan...aku kalah pada bisikan syaitan...aku tak exercise. Nak lagi teruk, aku join LK makan skali. Dashatla aku nih....

Ni la lauk yang buat aku tak tahan. Ikan talapia goreng panas yang sangat rangup dan manis makan dengan nasik panas.....yummmyyyy...tak tahan aku ngan godaan ikan ni......aku telah tewas....

Fyi, ikan ni Mama bagi sebab ari tu Boy ngan Nazira balik Temerloh untuk Raya Haji. Bila balik, bawak satu ice box penuh ngan ikan-ikan nih. Mama segregate pada jiran-jiran kat Keramat dan bagi aku sekali. Memang sedap :P Takpe la, malam ni aku exercise la kasik buang lemak-lemak ikan tu balik..hehhehe...

Ok la, hari ni gaji. Aku nak buat transfer duit bayar itu ini sebelum duit habis. Chow chin chau :)

Tuesday, December 16, 2008

Baju Ketat dan Kasut Baru

Lately aku makan banyak la...last week aku manage complete puasa nazar 3 hari. Khamis, Jumaat dan Sabtu. Alhamdulillah...Tapi lepas tu jer...hmmm....since hari Ahad, dinner pun aku belasah. Banyak. Ish ish ish....cemana nak maintain berat ni smurfette oii!! Baju tido aku malam tadi pun rasa macam dah ketat sikit. Kena start balik la exercise regime aku. Kuarkan balik batang penyapu (pelik kan alat-alat exercise aku? hehehe...improvise beb...improvise :P) dan dumbell. Sit up, pusing, jog setempat etc. Dulu selalu aku buat setiap hari dalam 1/2 jam. Kira okay la buat depan tv sesedar je dah 1/2 jam. Lepas tu bulan puasa. Alasan konon puasa takde masa. Lepas tu raya. Now ni dah menggelabah. Tapi takpe, masih under control lagi. Naik pun 1-2 kilo je dari usual. So, kena disiplin la sikit pasni. No more dinner. No more snacks. More exercise. InsyaAllah, balik ni aku start la balik, janji :)

What happenned today? Takde benda sangat la. Pagi tadi meeting ngan TCM kat Tmn Desa. Sampai kul 11.30 am pastu balik Menara dan sambung buat keje. Kul 1pm gi lunch kat Selborn dan skang ni aku teramaaaaaaaaaaattttt lah mengantuknyer.....besnyer kalau ada tilam dan bantal nih........

Oh ya, starting 1/1/2009, aku tukat akan portfolio. Tak buat lagi Network contracts. Aku tak report kat Ajoi lagi. Aku akan report ke bos lama aku, i.e. En Jalal. Seronok juga sebab aku akan buat Marketing contracts. Tapi rasa sedih jugak sebab aku sebenarnyer dah grow very very fond of Network people. Network punya inside out, seronok tau kerja ngan orang-orang Network ni. Diorang ni very helpful dan oganise. Pasni aku deal with real people. Not with equipment anymore. Mesti different kan? We see how la. Macam Ms Ang dulu penah cakap ngan aku memula aku start kerje time dia bagi aku first task aku, buat agreement debt collector. Aku cakap, "Ok Ms Ang, I will try to do it" Pastu makcik tu kata kat aku, "No, u cannot TRY to do it. U HAVE to do it!" Heheheh....The same situation applies here. Now I HAVE to do it. Hopefully it'll be an interesting field like most of my colleagues have been saying and giving their kind support. Baik sangat diorang. Doa-doakanla yek....

Monday, December 15, 2008

Weekend Update

Sebenarnyer kan..hari Khamis lepas aku dah tulis panjang-panjang dalam blog nih nak update la kunun. Pastu bila klik 'publish post' jer, terus kuar internet time out?! Aku time tu rileks lagi...takpe...kita 'back' dulu. Back je kuar bahagian posting ni tapi kosong jer...apa yang aku tulis panjang-panjang tadi dah takde. Isk! Dah panic skit...try 'forward', internet time out pulak. Pastu try 'back' lagi skali, terus session expired. Hampeh.......terus takde mood nak tulis. Bosan....terus buat kerje..... :P Ghupernyer waktu tu office aku ada problem internet connection. So, one whole day SEMUA orang tak boleh online!! Boring.......So hari ni, sepatutnya okay la. Kalau jadi lagi...mintak maap la. Maleh nak tulis balik.
So, here goes. Sabtu lepas, as usual LK kerje. Tapi pagi sebelum dia keluar rumah, dia cakap nanti dia amek aku dalam lunch time, kita gi Genting tengok Mei Mei. Oh ya, Mei Mei (LK punya niece) kan baru habis SPM. So, since kursus LPKN dia tak dapat dan dari buang masa kat rumah, LK suh dia kerje kat one of LK's archery range kat Genting. Bagi dia exposure sikit kerje part time cuti nih, kata LK. Tepat kul 12 tghari, LK kol suh turun bawah. Dia bawak Julie sekali sebab Julie datang all the way dari Klang nak hantar baju extra kat Mei Mei. Sampai Genting punya la ramai orang. Sabtu dan cuti sekolah la katakan. Terus kitorang gi range. Nampak la Mei Mei tengah kerje. Begitu tekun sekali menjadi instructor archery. LK bangga giler dok cakap supervisor puji niece dia, dedicated worker, rajin, tak payah suruh dah buat etc. Sepanjang perjalanan turun Genting, LK especially, non-stop cakap ngan Julie yang Mei Mei dah besar...dia bangga, dulu baby lagi...skang dah kerje dah...emo lak laki aku nih...hehehe. Aku tumpang gembira gak sebab memang nampak Mei Mei memang rajin kerje. Dia kalau kat rumah pun memang rajin buat kerja rumah. Mop rumah la, cuci baju la, lipat kain la, kengkadang masak la...sebab sometimes bila Julie kerja (before Julie cuti bersalin), memang Mei Mei kena buat semua kerja tu tolong Ama. Ama pun dah tua dah tak larat buat sumer kerja.

Memperkenalkan pekerja archery yang terbaru...jeng jeng jeng...MEI MEI!!

Wahh....instructor tengah mengajar cemana nak tembak tuh!
Turun Genting, kitorang hantar Julie balik sampai Klang sebab dah malam sangat LK risau lak dia nak balik naik bas bagai. Sampai sana, tengok Julie punya baby. MashaAllah!!! Gemuknyer....Dulu takde la besar badan macam ni....wah....tegap pulak tuh. Aku rasa sebab baby dok minum air susu soya la. Julie kata dia lactose intolerant. Dah try macam-macam susu tapi semua dia reject. Last-last susu soya yang dia suka. Brand apa tah aku rasa Soymil kot something like that lar...As for me, first time, aku dengar baby minum susu soya. Banyak nak kena belajar nih :) Kitorang balik umah lewat sikit dalam kul 1.30am gerak dari Klang..aku sampai dah tertido atas sofa ngantuk dah...sementara LK dok layan Boy-Boy main PS2 dan sembang-sembang ngan Ama.

Julie dan baby soya nyer. AKu panggil baby soya la skang...hehehhe...

Baby soya ni baby sitter dia orang india depan rumah Ama. Jadik setiap hari achie tu akan lukiskan baby soya ngan 'tandu' kat tengah dahi dan kening dia. Nak halau hantu la kalau ikut kepercayaan orang india. First time aku ngan LK tengok, kitorang takleh berenti gelak. Macam sinchan lak ghuper dia. Har har har! Tapi tomey!!!

Hari Ahad takde benda sangat. Pagi bangun awal lepas Subuh baca Quran terus tak boleh tido. Pegi beli nasik lemak kukus yang sedap dekat flat bawah. Breakfast ngan LK (dia makan 3 bungkus hokay!). Pastu baca novel sikit-sikit sesambil tengok Madagascar 2 ngan LK. Lunch aku masak deep fry ikan patin, which is very very crispy dan sedap ngan kobis goreng dan sambal nasik lemak lebih pagi tadi...Pergghh...best sangat..Lepas Asar kitorang gi Keramat tengok parents aku. Balik kul 9.30pm, iron baju, mandi dan tengok tv. Oasis ada documentary "HAJJ - The journey of a lifetime" Citer pasal a group of British moslem from all diferent races pegi buat haji. Dari preparation sampai ke habis...Ya Allah...shahdunyer tengok experience diorang. Last-last LK cakap after a long silence watching the documentary "I cant wait for us to go there" InsyaAllah LK, one day we go...

Wednesday, December 10, 2008

Politik oh Politik!

Halo halo halo. Skang ni kul 1.50pm. Tengah lunch time. Aku melepak surfing internet. Apalagi...my feveret cari.com la..masuk gossip baca apa-apa gossip yang menarik. Kalau ada citer pasal Linda Onn, tu yang first aku bukak dulu. Tak suker la dia hoccay? Cas cun. Prinsip pun mcam lalang. Tapi hari ni aku tak masuk gossip dulu. Aku pegi bahagian current issue baca pasal landslide kat BA. Sekarang ni apparently people dah naik nyampah ngan issue ni. Bukannya tak bersimpati, dont get me wrong, pleople feel for the victim yang kematian ahli keluarga. Tapi nyampah ngan kerenah orang-orang kaya yang dok banglo sana tu ha. The latest yang aku dengar, derang nak claim hotel accomodation dari government!! Apakahal beb!?!?!?! Nape kena ada double standard? Government kan ke dah sediakan dewan untuk penempatan sementara. Sekali beli tilam-tilam dan selimut-selimut yang banyak giler. Nape tak duduk je situ? Ok fine, kalau ko nak selesa sikit nak duduk hotel. You have the right to live wherenever you want. Tapi at your own expense ok??? Not at the government's expense. Coz if you say its the government's cost, itu adalah bermakna duit KITA semua!!! Our hard earn money untuk bayar hotel-hotel orang-orang kayap nih. Mana adil!! Mangsa banjir kat east coast naper government tak nak belanja hotel sekali? Kenapa orang banglo BA je? Apa special derang nih? No doubt, maybe yang menjatuhkan imej ni segelintir je tapi impact dia besar tau. Sumer orang dah naik nyampah. Mummy pun antara mangsa landslide, aku tau dia dok hotel tapi atas expense dia sendiri. Baru la fair. Government bagi option bertempat tempat awam, so kalau u tak tahan, u can go sleep elsewhere but your own cost la. So that's fair. Ini dah la Mummy kata mcm ada pesta makanan lak kat sana. NGO,UMNO, PKR etc dok sibuk turun padang bagi makanan bagai. Sampai berebut-rebut tempat kata Mummy. Aiyoo....teruknyer sudah jadi. Nak jadikan criter, mangsa banjir kat T'ganu terus senyap...so la unfair. Okies, aku nak sambung buat keje. Dah kul 2.15 dah. Bye.

Tuesday, December 9, 2008

Rindunyer...Lama Tak Merepek...

Wahhh...lama tak tulis dalam blog nih. Rindu rasanyer...tu la lately ni aku teramatla sibuk. Kalau baca posting sebelum ni, aku dok komplain pasal satu department baru kat office aku nih. Itu la yang membuatkan aku punya masa teramatlah occupynyer. Melayan department tu. Tambahan, end of this year, user nak beli macam-macam nak habiskan budget 2008. So, bila orang nak beli benda, legal la sibuk kena prepare contract. This year, sibuknya extra ordinary sikit dari last year. Sampai bos aku pun cakap " Eh, apasal kita this year macam tak cukup masa ek?" ...haaa...tau takper, aku kerja sampai tekangkang-kangkang ni haa...hehehheh...tapi bila pikir-pikir, its better la aku sibuk keje dari tak sibuk langsung. Productive sikit..otak jalan dan active sel-sel otak bergerak. Dan yang paling penting, takkan la top management nak buang orang-orang yang kerja keras ye dak...?? Eh, betul la kan? Baik orang yang takde buat keje dibuang. Bak kata papa, the dead woods. Something like that la. Well, moral of the story, ada keje buat. Jangan banyak cerita. Jangan banyak komplain. Just shut up and do.
Ok, update life. What happen lately? Nothing to shout about la. Same ol same ol. Hp aku kejap ok kejap tak ok. So, collection gambar macam takde. Huhuhu...ingat nak beli digital camera la satu. Maybe next year. Waktu dapat bonus. Hehehe...so, skang tengah usha-usha cap apa-apa yang bagus-bagus la. Pastu dok teringat lak macam nak beli i-phone sekali. Baper ringgit yek sebijik? Dah ada 3G punya ke? Last weekend aku suarakan pasal hp tu, papa kata jangan beli lagi. Tunggu dulu sebab nanti kat US dia juat kat Wall Mart and it'll be only USD80. Huh?? Aku tak paham sebenarnyer tapi ikut je la. Tapi kengkadang bila aku pikir...guna je la hp yang ada. Sebab kalau pun aku nak beli hp mahal-mahal macam i-phone tu kan (poyo macam la banyak sangat duit aku), kalau hilang nanti macam mana? Ish...dah la kecik...mahal...sekali orang curik, nangis air mata tak berlagu nanti aku. Berbaloi ke dengan harganye...? Alang-alang nak habiskan duit ribu ribu, baik aku beli something yang besar gedabak (macam hp batu-bata jaman dedolu tu...heheheh) So, for the time being, aku guna je la hp ni...btw, aku ni memang bukan gadget friendly/madness/freak macam setengah orang kat negara ni. Lap top aku pun sampai sekarang aku still tatau macam mana nak on kan WIFI...apa daaaaa smurfette.....
Semalam Raya Haji. The usual, pagi pegi solat raya ngan LK, papa, mama, iman dan amri. Lepas tu balik rumah mira dah sediakan makanan dan kitorang pun makan. Dalam tengahari, LK ajak gi yam cha kat JJ AU2. Oh ya, kat umah aku dah ada JJ baru bukak. Woyoooo.....best...sumer faveret aku ada. KFC, Pizza Hut, Sushi King, Rasamas, Big Apple dan paling best LK punya faveret....OLD TOWN KOPITIAM!! Lepas ni dah tau la tempat hang out kitorang. Tapi cinema takde la kat situ. Still kena pegi MBO.
Ishh...banyak sebenarnyer nak update dan nak citer lagi nih. Tapi takde masa sebab aku kena start buat keje. Nanti from time to time aku update ok. Bye.