CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 29, 2011

Dah Pack!

Alhamdulilah…managed to pack at last! yahoo…walaupun mmg mencabar pack dgn kehadiran budak kecik yg sentiasa nak ‘tolong’. dah la smalam bebek dia LK teramik bawak gi Melaka. so whole day Lapoo duk “mama bebek? mama bebek?” aiyooo…dah la tv takde nak entertain dia. so whole day aku pasang vcd dia sampai panas la portable player tu nasib baik tak rosak! Lapoo pulak jenis ske tukar2 vcd. jap2 lagu mei2. pastu citer pooh bear. pastu snow white. pastu abc. pastu barney. bla bla bla…penat woorrr..aku dok berlari ke dapur packing, sambil tukar vcd Lapoo kat depan, kang kejap dia boring dia datang dapur nak tolong, pastu dengar petir berlari kat aku minta dokong, pastu nangis bila lagu ‘yi kong kong’ dah habis…ya allah…kelam kabutnya. tapi all in all, sume dah settle. esok tunggu lori dtg kul 11am dan gerak. LK kata rumah lepas polish ari tu ada berabuk skit sbb kan contractor dtg buat toilet lg. then esok ken dtg awal utk drill curtain rail sume. so confirm la lagi berabuk. takpe la…sekurang-kurangnya ari tu org dah dtg polish lantai. so kalau kena cuci this time pun tak la giler sgt. takpe la itu boleh buat weekend bila dah masuk. Isnin pun nnt cuti. ada byk masa, insyaAllah…

Pagi tadi waktu kelam kabut nak siap gi ofce, Lapoo macam biasa la dok main masak2 yg dia dah siap2 susun elok2 atas coffee table dari mlm tadi (which impresses me). dia suap2 kat anak2 patung dia (baa baa, bear dan penguin) konon bagi mamam. patung2 tu dia kepit celah ketiak dan suap sorang2. sambil bebel ckp hape tah. pastu ada satu utensil dia terjatuh dari meja ada lak dia leh terckp…aiyoo….terperanjat aku dgr.

Thursday, April 28, 2011

Packing Starts....Now!!!

Ok nak time off balik umah dan unpack! now now now! papai yaaaa......

Wednesday, April 27, 2011

Still On The Same..

masih cerita sama. pagi tadi ada heated discussion dgn LK dlm keta. he said i have to question a lot. all the time. jgn sekadar ikut. question why? why? why? baru aku akan dapat jawapan. buat apa pun kena ada sebab. otherwise akan jadi kosong dan hollow. mcm apa yg aku rasa skrg. purposeless. kena ada ilmu. dan amal. smlm dah dpt byk clue clue dari apa yg aku baca dan dgr. ambik dan guna. dia tgh duga dan tengah nak memberi. selangkah aku nak menghampiri dia. seribu langkah dia datang kat aku. oh tuhan. betapa kau sayang padaku. aku saja yg lupa. jgn tinggalkan aku...

Tuesday, April 26, 2011

Lupa

Pagi ni aku dapat petunjuk dari dia. lately aku mudah lalai dan lupa. jarang ingat dan puji dia. jarang baca quran. duduk je dlm beg tapi tak pernah buka. aku leka dengan kesenangan kesibukan dunia. waktu sedih aku ingat dia. waktu gembira aku lupa. tu pasal hati aku lately tak tenang. tak gembira. dia nak aku kembali. dia sayangkan aku dan tak nak aku tersasar. ya Rab… kau pimpinlah diri ini yg mendambakan cintamu…aku lemah, aku jahil tanpa pimpinan darimu…

Monday, April 25, 2011

Monday Monday

This year aku dah 10 tahun dlm company ni. one thing aku pasan, aku dah takde desire kerja sini lagi. especially skrg aku rasa sgt tertekan dgn benda2 yg bagi LK ‘isu dignity’ dan rasa tu melarat ke perasaan malas. dulu every day aku akan kerja all out. skrg…mcm dah lesu. serius. tu yg lately ni aku byk curi2 main game. one time dulu aku ingat aku pregnant kot sbb rasa penat sgt. tapi tak jugak. so conclusionnya ialah desire kerja dah takde. so what to do now? minta guidance pada Allah. he will have the best answer.

On the house front. aku tak sempat packing lagi..huarghhh!! last weekend konon nak buat. cehh..last2 tak jadi. sbb apa ye? oh ya, Saturday gi jalan. Sunday pun gi jalan. so bila masa nak packing. isshhh…nak start kemain susah. LK dah warning dah, by Wednesday dia akan panggil lori. erkk!! so how? help me!!

Oh ya, kami dah belikan Lapoo bebek. ye la dulu kan aku janji nak belikan dia sebab kes dia tu kan? so janji pada diri sendiri kenalah ditepati. memula igt nak tunggu revo. tp byk dah pakai utk baiki rumah. budget sudah agak lari sikit. anyway, rezeki bonus pun ada stok lagi skit2, korbankanla dulu gelang aku tu. next time esos ke rezeki lain ke bleh beli…bebek lagi penting…sbb Lapoo suka. dok tingat muka dia dlm keta waktu kitorang kuarkan dari kotak tunjukkan dia bebek. not trying to exaggerate la tapi muka dia macam tak percaya. maybe dia berckp dlm hati “aik, apasal bebek tok mum ada dlm keta? slalu kat umah tok mum?” bila aku ckp on and on “ini bebek echa. ini bebek echa..” suka nampak dia trus takmo lepas. sebak aku tengok reaction dia. berbaloi beli. kami ni bukan jenis parents yg suka beli toys yg mahal2 utk anak. toys yg paling mahal yg penah dibeli pun toys bunny bergerak yg taruk bateri tu yg harga dlm rm20 kot (which skang dia pun tak pandang langsung). selebihnya wandad, tokmum, uncles dan aunties dia belikan dia toys yg rasa aku macam mahal la gak waktu birthday dulu. everytime aku keluar jenjalan pun aku akan make sure belikan dia buku2 atau cd lagu rather than toys. so skrg collection buku dan cd dia dah berkotak-kotak. collection toys dia sekotak je tak byk mana pun. aku harap dgn pembelian yg paling besau untuk Lapoo ni, akan menyuntik semangat dia utk belajar lagi. LK masukkan byk apps utk learning toddlers. ada flash cards, countings, colourings, phonics…mcm2 la program utk jana minda dia. aku pasti it will be worth the buy. sbb research ckp, toddler punya otak akan berganda antara umur 1-3 tahun ni. learning absorbtion akan paling byk time ni. so aku kena maximize learning experience utk Lapoo sbyk yang mungkin. bukan la niat aku nak jadi parents yg nak suruh anak belajar 24/7 tapi era education skrg aku tgk sgt la competitive. aku baca magazine young parents, publishing dari Singapore rata2 dok citer pasal education system, education method even discuss good school requirements utk anak2 yg baru umur tak sampai setahun pun! memula aku rasa macam gila la sbb anak kecik sgt, takkan la nak paksa belajar kot. aku ajar Lapoo pun setakat ABC, 123, doremi. dok pikir takkan la dia boleh tau sampai habis kot. takut dia overload of info. lagipun tgk kengkadang dia mcm tak baper heran bila aku dok bilang ngan dia bila naik turun tangga memula dia baru boleh berjalan dulu. tapi….one day tu, aku dgr Lapoo nyanyi sendiri lagu ABC sampai Z ok! siap ada ending “now I know my ABC, next time won’t u sing with me”. dlm bahasa dia tapi rhythm dan melody dan pronounciation yg lebih kurang sama. Lapoo even boleh kira 123 sampai 10 bila naik turun tangga sendiri dgn sangat happy. dalam English dan mandarin. dan byk lagi lagu2 nursery rhymes english dan mandarin (sekali dgn lagu cantanose leslie cheung!) how she heard all this? through taska obviously tapi aku suspect jugak mostly through youtube yg dia dok tgk dari bebek tok mum, through cd2 lagu dlm keta yg aku slalu dok pasang without fail since dia umo 11 bulan, through lagu2 yg aku dok nyanyikan kat dia everytime dia nak mandi, makan, tido. dulu dia dgr senyap2 ajer. tapi skrg dia nyanyi skali dgn penuh bersemangat. walaupun buah butir mostly berterabur. tapi rhythm dan melodi tak pernah lari. benda2 ni buat aku fikir yg dia memang sgt bersemangat nak belajar. dan paling dia suka belajar melalui nyanyian. sgt excited! I hope the bebek will do the trick! *wink*

Friday, April 22, 2011

Wiken Is Comingggg

Yahoo...esok wiken! start packing brg dlm kotak coz Sunday org lori dah nk dtg angkut....haaaa....ptg ni singgah beli tape nak tape kotak. kotak nasib baik waktu pindah dulu aku flatkan dan simpan balik. so takde pening di situ. just pikir nak masukkan brg dlm kotak saje. all the best for me! bye2 nak main diner dash...hehehe...

Thursday, April 21, 2011

Jamu Oh Jamu

Kena start makan jamu petani tu balik. dgn executive B. badan aku lately ni penat giler. pasni kena kerja keras nak packing bagai. kena tambah tenaga. tengok makjun petani tu pagi tadi tak expired lagi. so bergentel la aku pasni. agak kelaparan skrg so kena carik breakfast dulu.

Lapoo update. aku sgt gembira pagi ni. Lapoo boleh sebut 4 suku kata! Ka-Kak-A-Nish. aku rasa ni nama minder dia kat taska kot. ckp makin byk walau sepatah haram aku pun tak paham. tapi makin comey. dan makin cheeky. dia tahu ramai org sayang kan dia. jadi ada mcm ngada2 lebih. kuat ngadu lak tuh. pastu dia dah tahu dia akan dpt thru menangis, so benda yg dia tak dpt dia akan buat muka sebek. LK ngan Mira ckp sebijik muka aku! hai...anak aku...

Wednesday, April 20, 2011

Pindah Rumah

Lagi 10 hari lagi nak pindah. yahoo! satu hapak barang tak kemas lagi. haruu! ngeh ngeh ngeh. bila la nak start nih. rasa seronok pun ye jugak sbb rumah tu makin lama makin cantik. kaler2 yg LK pilih semua mmg mati hidup balik aku takkan amek sbb serius very very very bold dan dark dan in your face! espresso, dark maroon, dark grey...huishhh...tapiiiiiii....nampak very exclusive dan elegant. totally different dari asal. tak nmpk rumah typical malay. mmg hebat how a slab of paint can really change the look. nnt la dah siap masuk aku upload gamba dlm blog. never expected LK punya taste mcm tu...tp...terre la gak dia. beberapa hari dok concentrate rumah so hari ni dia bz ngan revo balik. esok org dtg polish tile. pastu baru painter lg satu tu cat balik shoddy work contractor yg sgt hamsuang yg dah lari tu. weekend ni aku by hook or by crook, aku kena start pack brg dlm kotak. byk kerja byk kerja! huhuhu...

Tuesday, April 19, 2011

Tak Sanggup!

Benda yg jadi kat Lapoo tempoh hari buat aku byk sgt pikir. susah sebenarnya jadi parents ni. nak jaga anak bukan mudah. bukan setakat makan pakai minum sakit demam, keselamatan paling utama. skrg ramai org tak betul. dunia dah akhir zaman. pagi tadi tgk website psl human traficking. sgt takut!! kebanyakan budak yg diculik, kalau perempuan di jadikan pelacur. sometimes derang molest waktu kecik. yang lelaki di jadikan cheap labour. ada certain countries, di kudung kaki tangan pastu jd pengemis. kesian..aku bayangkan Lapoo...aku nak muntah!! aku tak sanggup!!! aku takut.....pastu jumpa satu website ni tentang tips what to do and what not to do. aku dah translate dlm BM tadi. so projek aku nnt akan print bebyk dan distribute kat lrt ngan shopping complex. harap ppl akan aware dan anak2 akan selamat, insyaAllah.


Monday, April 18, 2011

Tragedi April

Masuk bulan ni memacam benda yg dah jadi. aritu dah la kes Lapoo ngan tgn dia (waduhh..terbayang lg aku detik tuh..seriau!). then smlm jd lg benda yg...ishhh...nasib baik... alhamdulillah Allah lindungi Lapoo. syukur...tau tak, aku bawak Lapoo, iman dan Mira gi jjau2 smlm. LK settlekn event so dia tak ikut skali. pegi waktu tu kul 7pm. nak kejar maghrib lg, dgn nak beli brg lg, dgn ramainya org so agak kelam kabut skit la kan. Lapoo pulak jenis takmo duduk diam asyik nak berjalan klau aku pegang pun mcm biasa la takmo. last2 Iman offer diri tgkkan Lapoo while aku beli ayam. waktu tu according to Iman, ada sorang mamat melayu ni tetiba jln sebelah dan tarik tangan Lapoo! waktu ni Iman ada kat belakang Lapoo so maybe dia tak perasan. Iman tepanjat dan trus ckp "eh, apahal mamat nih?" nasib baik Lapoo pandai dan tarik balik tgn dia. mamat tu trus cuak kot bila dgr Iman ckp cenggitu dan cecepat blah tak pandang belakang. klau dia tersilap igt dia tertarik tgn anak dia ke, for sure akan say sorry ke hape ke. ni tak, secepat kilat dia blah lalu celah2 org ramai masuk lorong lain dan hilang. tak sempat nak kejar. klau dpt tangkap mmg aku tendang2 sepak terajang cukup2. terus aku repot kat security guard dan derang alert guards yg lain. bergegar jantung aku! kalau la jd apa kat Lapoo..nauzubillah...aku takkan maafkan diri aku! takutnyer... serius bahaya tau! pasni mmg aku akan pakaikan tali monkey dia balik. dulu aku memalu nk guna sbb org pandang semacam je. tp this time, aku tak peduli. aku pakaikan je. Lapoo ni dah la jenis tak suke duduk dlm stroller lg sejak dpt kaki ni. paling lama pun tahan dalam 1/2 jam. after that dah mengelupur nak keluar berjln. dia suka nak explore2 tempat. so pasni mmg Lapoo dan monkey takkan kupisahkan. takut wooo...aparently kawan FB aku ckp jjau2 tu ada byk gak kes org culik2 budak ni. purposely derang tunggu kat counter atau tmpt longgok baju. before that mesti dia dah mark kan? ishhhh....i feel disgusted! apa2 pun, lepas ni kena hati2. jgn leka. u leka sesaat, perkara besar yg akan membuatkan u nyesal tak sudah akan terjadi. so, alert all the time!

progress renovation. kesian LK, contractor dia sudah larikan diri. dah la buat kerje shoddy. painting mcm hampeh comot bomot. buat roof pun masih bocor lg. dah la LK dah bayar 80% tau! jahat la org tuh! LK learnt his lesson. next time amek org yg telah direcommendkan. this time round, amek sorang contractor yg byk buat kerja rumah Mama dan kengkawan dia utk touch up balik contractor bangang tu buat kerja. kos pun jd nearly double la. ye la, LK kena beli cat lagi skali. isshhh...duit duit...terobang lagi. very expensive mistake la...kesian LK...

Friday, April 15, 2011

Giannyerrr....

Malu nak tulis. skrg aku dah gian dgn satu benda ni. mesti nak pagi petang siang mlm. kat umah buat lepas Lapoo dah tido. kat ofce buat sesambil vet agreement. hehehe…sedap…ketagih lak tuh. dan nak buat kena sesenyap. buat apa tu weh? main DINER DASH!! haha…best worrr…aku rasa game ni org kemaruk dah lama dah tapi aku baruuuu la skrg nak berjangkit. ni gara2 ipad Mama ler nih. memula sesaje tekan2 pilih2. pastu terus terlekat. smalam gi leisure mall beli cd pirate game ni dan download dlm lap top. hehehe…hari ni dah install pastu whole day curi2 main. keja byk pun nak kena main jugak. bukak browser cinonet je walaupun tak best tapi belasah jer labu. cuak gak kalau org nmpk nnt depa kata minah ni bleh main game pulak tgh org lain bz giler buat keje. tak sedap la kan? tapi sbb dah gian sgt…aku curik2 main jugak. tak pedulik. sampai lunch time sanggup tanak kuar sbb nak main. ni pun type blog cecepat sbb nak main. boleh mcm tu? tapi game ni mmg best. main ngan ipad lg la the bomb! so LK, bila revo nak belikan kami ipad nih? hehehe…dengarnyer budget dah lari sbb duit byk pakai perbetui umah. so tunggu rezeki lain la kot. for the time being main dalam lap top pun ok jugek…

Thursday, April 14, 2011

Rumah Hampir Kena Break In

2 mlm lepas rumah keramat digegarkan dgn bunyi misteri. Mama bangun kul 5am nak amek baju kat tangga tetiba dgr bunyi atas genting mcm kena rodok dgn kuat skali. terus lari dia masuk bilik kejutkan Mira. waktu ni papa outstation gi Jakarta. rumah tinggal Mama, Mira dan Iman. Amri balik weekend jer. bunyi berlarutan byk kali. Mama kata kuat giler. aku heran, kalau pencuri pun, takkan bodoh sgt buat bunyi kuat2 bagi tuan rumah alarm gitu. mesti la pencuri akan masuk sesenyap yg boleh kan? especially bila mama bukak SEMUA lampu kat dalam rumah, yg tentunya org atas bumbung akan nampak sebab luar gelap kan?...tapi bunyi tu still berlarutan. nak kata musang, takkan pulak sbb musang ni jari jemari dia halus. nak angkat satu genting tu berat wooo…genting tu seingat aku simen batu tau. jenis yg dedulu style tebal dan berat. musang takkan boleh angkat punya la. tapi saper ha? atau apa ha? Mama siap panggil polis dia dtg check siling takde pa per. boy check dan after that LK pun check takde apa2 gak. tengok atas bumbung tu takde tanda2 kena rodok2 pun. apa yang pasti Mama ckp bunyi tu kuat giler okeh. Mira dgr pun melompat. so apakah itu? aku try goggle hantu bumbung takde pulak citer apa2. yg aku tau kalau benda bunyi mengepak2 atas bumbung tu cik ponti. itu org ckp la. tak pernah la aku encounter dgn hantu ke haper. minta di jauhkanlah. LK suspect pencuri. aku? ntah la, maybe pencuri maybe benda kotor. seriau jugak….we just wait and see la…

Wednesday, April 13, 2011

Kerepek Pedas

Aku giler makan kerepek pedas skrg ni. mana2 pegi mesti make sure beli. tapi susah nak carik yg sedap. yg pedas2, tak kering, tak manis sgt, preferably yg basah2 skit, kerepek yg tak la tebal sgt, tak la masuk angin sgt. ada yg best tu kat pasar tani setiawangsa. mmg best. klau nak beli yg dekat sini, kat koperasi tingkat 5 ni pun best jugak. tapi tak la byk sgt. dalam bungkus kecik gitu. ok la aku sorang makan. tadi pagi turun beli tapi tinggal sebungkus je lagi...huhuhu...esok dah sure confirm takde dah sbb koperasi tu isi stok mmg lambat. so pasni beli kat mana lagi?? pikir, pikir...

BLUR

Mode hari ni: blur. Can we like go lunch now please?

Tuesday, April 12, 2011

Apdet Apdet..

Dlm meeting room lagi. meeting baru habis tadi. since takde saper yg booking lepas ni, aku sambung je la kerje skit2, baca/reply email dan apdet blog...hehehe...sementara tunggu asar kat surau. pagi ni settle vet satu contract yg kengkunun urgent giler tapi user selamba badak tak siapkan schedules lagi. at least aku dah pass the buck kat commercial ppl tanya balik itu ini. so esok meeting utk sit down dan resolvekan sumer issues2 tu. settle for the time being. tenancies issues dah more or less berjawab. tinggal tenancy agreements atas meja yg belambak nak kena clear. kalau tak hari ni, esok insyaAllah aku tengok. LCMS nampak macam ada byk gak request baru masuk. karang kalau sempat sebelum balik aku kena tengok dan prioritise. so far, alhamdulillah..manageable.


On the house front, maybe kami pindah awal kot. means sebelum end this month. aku tetiba jadi mcm tak sabar je. LK pun sibuk ngan renovation nak deco itu ini. this time round, i leave 100% to him to be the ID. dia sgt teruja ok. dari apa yg dia ckp, nmpk gaya mcm ok gak idea2 dia..bersemangat betul aku tgk. ye la, rumah sendiri kan? dulu waktu aku renovate kenangasari pun aku semangat giler nak deco itu ini. this time round, dia punya turn. kasi can rasa thrill skit. hehehe...

Monday, April 11, 2011

Happy Birthday Papa!

Last Sunday bday papa yg ke....jeng jeng jeng...58! walauwehh...dah byk dah umo bapa saya..so kami celebrate di Jogoya @ Star Hill Gallery. makan japs buffet tp aku tak berapa reti sgt mkn raw2 nih. aku byk amek tempura, ada dimsum, steak and mash potato..derang sume makan pregnant fish, oyster, raw salmon, raw itu raw ini...ughhh....sungguh tak boleh terima tekak aku. anyway, good company, love all around and pics pics more pics la apalagi..to papito, happy happy birthday! love u!


arigato!


bday boy and the babies



eva yg sgt kiut miut!

Thursday, April 7, 2011

Lagi Pasal Contractor

Smalam kan aku citer pasal cut throat contractor tu kan? so tadi ada lagi sorang ni dtg tgk umah dan bagi quotation. nak tahu baper? rm1500 ajerr!!! buat keje exactly the same! ish ish ish...nasib baik tak amek yg first tu. klau tak terobang duit revo. buat roofing je quote sampai rm1500 padahal contractor baru ni buat rm300 jer. dia kata tak la teruk sgt. ganti zing etc. yg memula tu siap kata teruk la nak repair sana sini, kira nak justify la dia punya caj yg giler beng tuh. dashat la some people ni nak untung lipat2 kali ganda sampai lufer dunia! anyway, LK kata ok. paid deposit skit dan dia akan start buat esok. so hopefully everything is within timeplan, insyaAllah permudahkan segalanya...

Lapoo masih ada kat umah Tok Mum dia. dok ngan Eva coz Nazira outstation 3 hari kat PD jumaat baru balik. one thing i notice pasal Lapoo ni kan, kalau gembira over (in this case sbb main ngan Eva) dia mesti asyik2 nak menjerit. level shrieking ok. sampai aku kena ckp, takyah jerit2. buat apa nak jerit, ckp pelan2. tapi sbb excited sgt kot, ada kawan nak main. kat taska aku rasa tak la camtu kot. tapi cikgu dia ada ckp yg Lapoo ni byk main sikit. sampai ke waktu nap time nak kena paksa. "she will play and play and play dont want to sleep. sometimes she sleep while playing coz too tired already" hai laa....anak..anak...

Ni gambar amek derang berdua smalam pagi sebelum aku gi keje. masing2 dok mengarut sbb aku suruh senyum nak amek gambar...last2 jadi cengini. very candid. nak gigit je pipi dedua nih sbb comey sgttt....



Wednesday, April 6, 2011

Contractor and Quotes

Kami kan nak pindah ke Batu Caves. so skang ni dok sibuk la nak repair bumbung yg bocor la, repaint la, polish tile la, tukar pintu la, etc. so last week panggil sorang contractor ni. dia dah dtg tengok umah. baru tadi bagi quotation...mak oiii!! mahalnyerrr...taruk tile yg sekangkang kera je amek rm400!! wth la beb! aku dulu buat tile utk 3 bilik kenangasari dulu rm1500 jer. tu bilik tido tu bukannyer 4x5 ft area foyer kecik depan pintu umah! tepanjat aku tgk bila LK email kat aku. pastu pasang aircond ajer sampai rm500! tak masuk wiring lg tuh. last2 LK kol Ken, tanya how much dia caj utk buat kerja wiring heater, wiring aircond, pasang heater and aircond sumer electric work tu. Ken ckp dia caj rm300 ajer!!! ehhh...byknyer contractor tu nk untung! pastu ckp polish tile sampai rm550! aku check kat mudah satu company ni boleh buat dgn harga rm350 ajer!! isshhh!! tau la nak untung, tapi jgn la giler sgt sampai cut throat org. teruk tul. imagine la nak untung sampai more than 50%. dah la, mlm ni ada lg few contractors nk dtg bagi quotes lagi. nmpknyer kitorang kena sub con keje lain utk org lain buat la. ni kalau nak harap sorang contractor buat semua, alamat kena cekik la. derang pun bukan buat semua sebenarnyer...sub con gak kat org lain. amek komisen sana sini. tak payah la. bak kata LK, sayang wooo duit kita....

Tuesday, April 5, 2011

Takde Tajuk

My work has somehow suprisingly becoming manageable skit2. sejak amek masa 2-3 days minggu lepas AFTER OFFICE HOUR (sbb takde gangguan fon calls, meetings, etc) clearkan email yg belambak-lambak (bak kata Kak Ina mailbox dia masuk email dari aku mcm peluru!) otak pun agak tenang dan kurang serabut. so dah boleh nmpk keje yg outstanding tak berapa byk sgt. so hari ni just settlekan LL TA yg saki baki. ada few request coming in utk procurement contracts tp ok la takde la major sgt yg slalunya super duper urgent tu. lg satu nasib baik meeting kat KLIA petang ni kata Cat aku takyah dtg sbb takde agenda utk legal. so selamaaattttt...ada sedikit gumbira di situ ya kanak2.

petang semalam sblm balik keramat, singgah beli deroyan kat pasar keramat dulu. sgt mahal ok 4 bijik sampai rm50. padahal bukan yg besar giler sgt. isi nipis jerr...jenis durian kampung. anyway, sedap la not bad. sampai skang aku rasa dia punya bau dok linger around....

Lapoo update. she's getting better but i still feel bad.

Monday, April 4, 2011

Lapoo....Mama am so so so so sorry....

I wish i could turn back time. those are the words that is being repeated in my mind and plus some awful awful awful images kept playing in my head over and over and over again. i feel remorse. teruk beyond awful and bad and terrible. no words can describe the feelings im having. its like a dream. a bad dream. a nitemare. for me and lapoo. my baby lapoo...lapoo...mama minta maaf....sory sory sory sayang....sian anak i...sian lapoo....what you want i will give u. u love bebet, mama will buy for you. i swear.


i hate myself. full stop.