CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 31, 2011

Tuesday Morning...

Tuesday morning what a beautiful day today. pagi ni dah hantar Lapoo gi taska. hopefully she's gonna be fine there today. no worries la tracy jaga ok punya, insyaAllah. so far aku takde complain dgn taska tu. jaga elok, bersih dan Lapoo pun happy duduk sana byk kawan dan byk belajar. sakit tu adat la bila hantar taska. tapi so long bukan selalu sgt, kira alhamdulillah...


hari ni aku puasa. first day should be a bit hard so praying for strength to proceed. aku ni sesambil blogging ni kepala otak ligat pikir nak karang ayat utk satu problem yg sgt problematik dlm mailbox email aku. hmmm...hmmm...ok la nak tulis email tu. pastu nak buat framework agreement yg mamat tu minta smalam. then satu renewal, beberapa TAs utk approve, email facilities yg belambak nak kena reply, bla bla bla...

Monday, May 30, 2011

Nape Takleh Upload Gambar?

Naper takleh upload gambar? heran heran...btw, aku ngantuk weh...takde tenaga sbb tak breakfast. niat pagi tadi nak puasa whole week ni, then liha email ckp nak belanje Stefan lunch ni sbb hari ni dia last day...esok dah nak balik germany...aku baru tingat sbb last week lagi liha dah prompt aku dah. aku je lupa terus puasa hari ni. so aku kansel la puasa hari ni. esok ganti balik. boleh gitu? takpe, niat aku nak meraikan pemergian kawan...

Sunday, May 29, 2011

Sorry La Tapi Tak Bagus...

Sorry la tapi tak bagus ubat klinik doctor kembar LK tu. Demam Lapoo tak baik bebetul dari jumaat lps, mlm td temperature mencanak naik ke 38.6 bikin aku panik. Waktu bday party Eva mlm tu ok je, otw balik umah je trus panas. Aku tak bagi ubat klinik gombak tu. Aku bagi ubat last week klinik dr andi (gynea dulu) dan lepas dlm kul 4 am gitu terus surut sampai lani, alhamdulillah. Kalau ikut ubat gombak tu sure dok on of on off. Maybe dia tak serasi dgn ubat gombak tu kot. So not going there next time la.

Friday, May 27, 2011

Lapoo Demam...

Lapoo demam hari ni..smalam amek dari taska aku rasa apasal mcm panas je kepala dia. LK kata maybe sebab baru bangun dari tido kot. aku tgk dia pun tak berapa nak aktif sgt. duduk je. pastu pegang2 tgn aku. slalu kami berdua ni suka bergaduh. aku buli dia. dia pun buli aku. aku sakat dia. dia pun sakat aku. tp semalam dia cam clingy skit kat aku. tanak kat LK langsung. bwk gi klinik dekat gombak. first time gi sini klinik india. masuk je semerbak bau kemeyan sembahyang india. bau yg sangat familiar sbb jiran sebelah kami pun india jugak slalu bakar kemeyan ni waktu maghrib dan pepagi waktu derang sembahyang. ye la, kami kan dah jadi warga BC ramai la org india sana sini. dulu kat cheras ramai chinese. sebelum tu setiawangsa ramai melayu. wow, sumer dah merasa la. pasni mana pulak? german chewahhh...hehehe...anyway, berbalik pada citer klinik india tu, namanya klinik sri gombak (kot, aku pun dah lupa). very old skool indian klinik takde la moden sgt tapi sgt sgt bersih. dia punya doktor sorang ajer, nama apa aku lupa. doktor lelaki yg sgt sgt sgt uncanny muka mcm LK! serius i tell u. LK dah la skrg sejak dok BC dah start dok bela misai jambang bagai. doktor tu pun ada misai ngan jambang gak tapi dah putih skit sbb dah berumur. dia punya clothing style, ckp style, order style, body style sebijik mcm LK tapi version tua. no nonsense talking straight to the point, expected org to obey ur order jgn degil nnt kena bebel, mmg sama. LK pun tak ckp byk dlm bilik tu. keluar je, LK ckp kat aku "good doctor. we stick to him." hmm..aku dah agak dah...so berbalik pada citer sebetulnya, Lapoo pun disahkan oleh doktor kembar LK tu mcm baru nak start simptom demam. amek ubat kasi makan tapi pagi tadi bangun mcm suam skit so takde la nak hantar dia ke taska hari ni. sebabkan aku ada 3 meetings sebelah pagi, aku takleh amek EL. LK lak nak gi tengok kedai kat melaka. so kebetulan tok mum takde kelas ngaji hari ni, minta tolong tok mum jagakan. ok la sbb kalau ikut history Lapoo ni sesiang demam tak baper naik sgt. bila midnite je. tapi aku rasa gak bukan jenis demam panas gitu. ni mcm demam selsema batuk. sebab dok terbatuk-batuk dari pagi tadi. hidung pun basah jugak. sian Lapoo. mujur dia suka minum air masak. kena bagi byk2 utk dilute kan kahak. dan turunkan suhu badan. hopefully dia recover dan badan kuat sikit utk bday party eva mlm esok. which reminds me, karang kena gi ampang park lagi skali tukarkan kasut yg aku belikan semalam sbb kasut tu terkecik sikit la...nasib baik boleh tukar, harap ada size besar skit utk Lapoo.

Thursday, May 26, 2011

Kelam Kelibut...

Kelam kelibut jap pagi ni. elok2 dah plan nak settle tenancy matters hari ni, tetiba dpt email dari bos mintak lead satu contract yg aku tak tahu hujung pangkal! aiyaa...rosak rancangan...then bertubi-tubi dtg request mintak tlg finalised certain contracts yg mmg dah kat hujung2 pangkal...settle kan terus dan archive segala mak nenek emails yg projek dah complete tu (sbb mailbox aku dah dpt notification hampir full)...so skrg aku break kejap tarik nafas sambil re-plan balik.


lunch karang nak keluar gi ampang park jap sbb nak belikan baju Lapoo utk pakai bday party eva sabtu ni. theme dia lime green and yellow so since Lapoo takde baju kaler ni so kena carik baru la. smalam lepas kerja tak sempat. so kena gi hari ni jugak. boleh gak selit2 nak top up jamu, toner etc...al maklumlah...gaji kan dah masuk...heheheh...


lagi satu, aku kena start exercise dah weh. cd aerobik aritu testing wiken lps tp mcm rosak sikit la. lepas combo 3 terus sangkut. so dah terbantut rancangan. aku ckp ngan LK kena beli cd baru. LK kata tak payah...naik turun tangga tu 3-4 kali atas bawah setiap hari sure aku fit. jimat pun jimat. nak lagi challenging, naik turun tangga bawak Lapoo. mampus!

Wednesday, May 25, 2011

Sekali Dua Update...

Sekali dua update kau...bukan apa..tgh bosan ni...cepat la 5.30pm...aku nak balik ni..nak amek Lapoo...pastu zassss...balik umah...kerja belambak tapi mood takde...feel takde...byk yg urgent non tenancy dah keluar. tinggal tenancy yg ternyata belambak. esok la aku buat. fikiran nak kata berkecamuk, tidak la jugak. just tak leh nak concentrate kerje. nak keluar cecepat dari bangunan ni. bosan sungguh...

Anak Mama Dah Besar...

Anak mama dah besar...hehehe...smalam waktu tgh unpack beg taska Lapoo...masukkan baju kotor dia dlm washing machine, keluarkan botol susu dan aberjie dia, tetiba ada satu kad merah ni terselit skali..sbb smalam LK yg amek dia terus dari taska dan dtg jemput aku so tracy tak sempat nak brief apa2 la kot...aku baca kad itu adalah kad dentist! hahaha! dah besar dah Lapoo siap ada kad dentist sendiri! maybe dlm few days ni nurse akan dtg taska tu kot dan check gigi budak2. so taska nak dptkan kebenaran parents la whether boleh ke tak. cuma aku tak dpt imagine macam mana nurse nnt nk suruh Lapoo bukak mulut bila nak tgk gigi sbb kalau aku suruh mmg amat payah ok. all the best to them! eh lagi satu, gigi Lapoo pun bukannyer keluar habis pun lagi...geraham baru 4 batang...hehehe...

Tuesday, May 24, 2011

Ya Allah...Kenyangnyer...

Ya Allah...kenyangnyer...alhamdulillah sedap mkn tomyum kak linda belanjar utk legal division tadi. sedap betul mkn kat anwar tomyum kg baru tu. karang ada meeting kul 3 lak tuh...ishhh...beratnyer kaki nak melangkah...ini pun perut sgt ketat ok! over plak makan tadi. mlm tak yah makan dah la. kalau lapar makan roti ajer. cukup.


Thanks to ipad, vocab dan pronounciation Lapoo skrg dah byk dah. animals baru yg dia dah boleh recognise dan sebut bunyi ialah oink-oink (pig), moo-moo (cow), cat/iauw, rhino, horch (horse), apa-chu (elephant), wok-wok (dog), pi-ba (zebra), kuek-kuek (duck), iyaf (giraffe)...hmmm...byk lagi tapi itu yg boleh aku ingat skrg. dia ada few favourite clipping dlm utube yg dia suka tgk. bila dah suka dia akan tgk over dan over dan over again. aku naik pening. antaranya elmo dan katy perry nyanyi lagu hot and cold. aku tak berapa minat sgt clip ni sbb baju katy perry sgt low cut sampai nmpk cleavage ok. sgt tak sesuai. tp pandai pulak Lapoo carik clip tu aku pun heran. kengkadang dia igt trail clip mana dan follow dan jumpa! terre betul anak tu.

Friday, May 20, 2011

Happy Birthday..

Happy Birthday to me....hehehe...

Thursday, May 19, 2011

Semalam Meeting

Semalam meeting kat crest lepas lunch. after meeting solat dulu dan kul 5.30pm gegas gi cheras lak amek Lapoo. lalu federal hway dan metramac. skang tol 50 sen dah lupus, tapi jem dia i tell u...lagi teruk dari dulu. imagine dari 10 lane nak merge jadi 4 lane! dulu waktu ada tol at least waktu org bayar, kena slow dan stop dulu. then baru gerak. so jalan kat depan tu takde la sesak sgt disebabkan few seconds gap tu. ni sebab dah takde bayaran, takde slow dan stop...terussss je...so mmg jem gegiler la especially waktu peak hour cenggitu. bila dah merge, ok baru bleh jalan. sampai taska Lapoo dalam kul 6.30pm dan as usual bila dia nampak aku je "Mumi!!!!" excited lebih. haa...taim taska aku jadi mumi bukan mama. masuk je keta terus tuka ke mama. hehehe...Lapoo tu makin lama makin la cheeky. skrg suka buat mcm chicken dance belajar kat taska kot. bila excited, dia buat chicken dance. mlm tadi waktu nak tidokan dia, kami baring2 atas katil, dia peluk muka aku, usap muka aku, senyum2 panggil mama, mama...tetiba Lapoo touchy feely pulak! manja! suka dengar suara dia..comey. pastu pandai bebel dah skrg. aku pulak suka sakat dia. buat benda yg dia tak suka mcm cuit2 bontot dia ke. slalu dia tepis2 tanda tak suka. bila aku buat lelebih nnt dia ckp "no, no, no..mama no, no" sambil goyang2kan jari warn aku suruh stop. hehehe...geramnyer...

Wednesday, May 18, 2011

Bilik Store Dah Settle

Bilik store dah settle...alhamdullilah...lufer lak nak amek gambar before sbb aku buat kerje pepagi selasa sebelum Lapoo ngan LK bangun tido. buat dgn aman tanpa gangguan budak kecik dan budak besar. aku kuarkan semua brg dari store room tu punggah ke living area dan start sort out satu2 dalam rak pigeon hole tu dan rak kayu tu lagi skali. byk space aku dah jimat now ni aku punya kepala dah tak pening dah...besttt...that is one room yg paling mencabar dah settle. after that vacuum whole house (time ni Lapoo pun dah bangun) dan mandi dan keluar lunch.



after lunch sorang contractor dtg sort out gliches kat bumbung skit dan pas zohor gerak ke ikea buat ke seribu kali. aiyoo...ramainya org...as expected la sbb cuti kan. kat sana LK akan belek2 benda sama dgn sangat lama...dah la Lapoo tido dan tak bawak stroller...aku pulak mengangkatnyer...waduhh...anak dara tu sgt berat ok? lenguh giler bahu aku dok kelek dia satu ikea...lepas tu gi ssf plak. LK ni aku perasan skrg amat la suka interior design. dulu tak kisah langsung. tapi sejak pindah BC ni, dah lebih dari 5 kali dia mop rumah tu voluntarily! bagus bagus bagus....toilet pun kengkadang aku dengar pung pang pung pang...owh...tgh mencuci rupernyer...hehehe...ok la tu, skrg responsibility mencuci rumah boleh dikongsi bersama..alhamdulillah...



last2 pakai hanging shelves ni replace tv cabinet. LK memula plan nak letak shelves ni atas tv. now ni atas tv maybe letak picture frames sbb sudah pasang spotlight atas siling. satu lampu tu rosak sikit so ptg ni ken dtg repair yg tu. the rest of the space masih barren. furnitures dulu dah bagi org, so kita start from ground zero la. ok jugak sebab boleh main ikut theme baru. tapi duit la pulak byk nak pakai...curtain lama dulu ada lagi aku simpan sbb LK takmo pakai sbb katanya flowery sgt. ye la, kenangasari dulu kan konsep english skit, ala-ala feminin berbunga dari bilik ke bilik. ni kat BC rumah ala-ala masculine mana masuk ngan curtain tu. nnt kena tempah lain. duit lagi! so pelan2 noo...



oh ya, skang ni projek bilik store kan dah settle, aku nak kena start buat projek baru. tgh planning nak buat mural kat kolah toilet. ye, toilet tu ada kolah ok. memula dulu waktu contractor ada, LK ingat dia nak pecahkan. aku kata jgn, biarkan ajer. at least boleh taruk baldi dlm tu. dia reluctant dgn idea tu tp aku persuade simpan jugak. last2 ok la, 2 hari lepas dia beli stopper kolah dan isi air terus dlm tu, tak payah guna baldi. so banyak gak yg boleh isi dan air dia biru jernih je. sejuk pulak tu. so aku pun ber idea la nak buat mural kat kolah tu. mcm ala-ala aquarium la gitu. aku nanti paint la ikan nemo ke, octopus ke, rumpai laut ke. nampak ceria la sikit. LK dah kata ok tapi dgn syarat aku kena lukis cantik2. so skrg aku, first kena survey cat/watercolour yg tahan air dan second kena start draft aquarium sketch tu. amek contoh dalam internet ok kot. at least bila dah siap Lapoo mesti suka masuk sbb nk tengok 'fish'.

panjang pulak bebel aku pagi ni. takde mood sgt nak buat kerja tapi kena stop skrg sbb user dah ada depan muka ajak discuss tetiba :(

Monday, May 16, 2011

Last Week Naper Tah...

Last week naper tah tak boleh sign in. so takleh apdet blog. apa citer last week? hari khamis tracy call gitau Lapoo feverish. aku amek time off dari office dan nurse Lapoo after noon. siang nyer ok2 panas gitu2. Lapoo pun takde la melepek sgt. aktif2 macam biasa. tapi bila nak dekat midnite terus naik sampai 39 degree. so dok tuam tuam dgn kain whole body dia. in the end alhamdulillah turun ke 37 degree. suspen woo...aku ni kalau time Lapoo demam la yg takut sikit. batuk selsema takpe lagi. tapi kalau demam...nak tido pun takut. kena stay up dan closely monitor. bestfren aku time tu mmg thermometer je la. every 15 minutes aku check. bila naik sikit tuam. sampai temperature turun. sampai basah la cadar, bantal sumer. takpe coz besok pagi tukar je yg baru. esoknya tak hantar taska lagi sbb nak monitor. sebabkan aku ada urgent meeting pagi, so Lapoo hantar kat keramat dulu minta tolong mama monitorkan sekali. mama pun takde ngaji...nasib baik....




lagi satu, petang jumaat tu waktu aku siap2 nak balik, tetiba mama kol kelam kabut ckp benda atas siling berbunyik lagi! kali ni dekat 5 minutes!! mama siap talakan hp dia kat atas nak bagi aku dengar tapi serius weh tak dgr langsung! aku tak puas hati terus pecut drive ke keramat. according to mama, bunyi tu terus stop bila amri balik. hmmm...heran tul. dulu jadi waktu papa outstation. this time pun sama. tapi jadi siang pulak tu. aku suspect bukan manusia dan bukan binatang. mmg benda halus ni. takpe la, as long as dia tak kacau teruk sgt dan tak kacau waktu aku ada...hehehehe...




weekend lepas 2 days tak keluar dari KL pun. jenjalan gi ikea, some furniture shops, ampang point, carik bebarang rumah. karang jap lagi katil dan bookcase pigeon hole tu dtg. tak sabar aku nak meng organise brg2 dlm bilik store/utility/iron baju yg skrg ni mcm tongkang karam! setiap kali aku masuk bilik tu, aku mesti nak tersandung punya sbb brg bersepah2! ni dah ada bookcase tu boleh la aku slot benda2 yg sepatutnya. rak kayu tu ada setengah brg dlm kotak mcm buku2 dah boleh keluarkan. at least save sikit tempat. letak benda yg sepatutnya mcm tools LK, ke benda hape ke...setiap kali aku iron baju dlm bilik tu, setiap kali tu la kepala aku dok pusing2 benda ni nak letak mana, tu nak letak mana. selagi dok sepah macam tu...kepala otak aku pun serabut! LK tau campak je sbb dalam kepala dia, bilik tu adalah store. semua dia main baling je. bila aku ckp nape dia main letak je brg atas bakul tu? LK leh lak ckp...coz its a store maa...aiyaa...susah la ini macam..thats why aku kena cecepat dptkan bookcase tu utk organise bilik tu. so far, bilik2 yg dah ok secara total (cewahh..tapi still subject to certain final touches) ialah dapur (ni aku punya territory) dan toilet (ni LK punya territory)...hmmm...tu je la. kuang kuang kuang. yg lenlain tu masih..bak kata web master...under construction. yg pasti bilik store tu mlm ni, insyaAllah kalau tak pancit bila sampai umah akan ku uruskan dan settle malam ni! hall dan dining area tu territory LK 100%. smalam gi kedai perabut usha2 tv cabinet tapi takde satu yg menarik hati dia. LK kata slow2. ok aku takde hal...buat slow2.

Wednesday, May 11, 2011

Cendol Wahab

Ptg smalam mkn kat cendol wahab. dekat wangsa maju business centre yg baru..kedai dia sederet dgn oldtown. belek2 menu nmpk satu cendol yg agak menarik. cendol pulut + eskrem + durian. ya allah...sedapnyer....rasa mcm nak pegi lagi hari ni. hehehe...


time panas2 ni jugak rasa berat je badan. dulu dah penah skali kena something like heatstroke. sampai demam2. ni mcm ada simptom2 yg sama. tekak pun rasa mcm perit2 duk batuk2 kecik. pedih rasa.


owh ya, cuti wiken ni kami tak kemana kot. just lepak KL gi shopping complex beli brg2 rumah. tak sabar!

Tuesday, May 10, 2011

Panas Panas Panas!

MasyaAllah...cuaca skrg sgt panas ok? mula dari wiken aku igt aku sorang je rasa panas, sampai ofce isnin tu sume dok citer psl cuaca yg over panas. mmg panas sgt! slalu aku tak suka pasang aircond sbb tak tahan sejuk. tapi kali ni aku lak yg remind LK suh pasang aircond sbb tak tahan panas. air masak pun kena minum byk2. tekak dok rasa perit mcm nak batuk. tadi meeting kat KLIA tgk cuaca dari mext highway punya la berjerebu. kuning je. habis meeting, keluar dari bangunan tu pun mmg terasa la perbezaan cuaca. dari sejuk aircond ke panas membahang. then bos facilities ajak lunch. kitorang gi saba kat cyberjaya. mcm tak baper sedap sgt la walaupun org mmg ramai giler makan sana. dah tak best rasa. dari rawsha ke hadramawt ke saba...sumer dah sama je bagi aku. tetiba aku tingat yufta doner yg aku makan kat stuggart dulu....yummehhhhh....



kedai nama 'ali baba' tak silap aku. yufka filling dia sgt byk okeh. dan menjilat jari!

Monday, May 9, 2011

Tido @ Batu Caves

Alhamdulillah...selamat suda kami tido sana...tanpa gangguan...heheh..suspen jugak sbb dulu tenant2 lama ckp mcm one kind perasaan bila kat sana..kengkadang nmpk kelibat org la, sumer citer seram2 la terkeluar yg buat aku bulu roma meremang. one of the reason jugak dulu naper aku takmo pindah sana. well, lepas mlm pertama hari sabtu tu, all in all, ok la takde apa2 yg berlaku. kami tido dgn nyenyak dan selesa. Lapoo pun takde la nangis2 kena kacau ke apa. aman bahagia...so officially kami telah menjadi org BC la! bila pikir balik, not bad jugak duduk sana rupernyer. dkt BC point tu ada byk kedai2 yg sumernyer aku suka dan dekat. ada pistachio bakery, KFC, pizza hut, mr DIY (faveret Lapoo), mcd, guardian, watson, georgetown, oldtown (tp LK ckp air kat sini tak best skit), yebeng shoes (ni mmg aku suka sgt...heheheh...) dan byk lagi la..jusco kepong pun dekat, IKEA pun tak jauh sgt, pendekata sumer amenities pun within reach jer. dan mlm smalam aku pasan BC komuter pun seberang jln jer...best la duk sini. i loike!


si dobot dan baju yg dipakainya sendiri.


oh ya, hari ni bday Nazira. Happy Birthday Aunty Rara!

Friday, May 6, 2011

Happy Birthday Uncle Cool dan Aunty Miwa!

Lupa nak update lagi satu. last wiken celebrate birthday amri dan mira kat madam kwan KLCC. bulan 4 dan 5 ni byk btul bdays...


seperti biasa la ada 2 budak kenit slalu nak nyibuk..


Lapoo buat muka innocent..

BFF!

Esok Sabtu

Wohoott..esok start dah weekend. best best. nak buat apa ye weekend ni? btw, aku kat keramat lg. tak pepindah lagi. LK dah balik 2 hari lepas tp dia sibuk sgt ngan keje kat KL takde sempat masa nak bawak aku ke BC. lagipun aku keje kan. pulak tu hari ni dia kena balik ke melaka sbb ada staff baru masuk, dia nak kena train kejap. maybe balik esok. so...insyAllah, aku harap by weekend ni kami leh officially masuk dan tido di BC. dah penat duk umah mama. aku ni bukan apa, walaupun keramat tu rumah mak aku sendiri, tapi aku actually nyer prefer stay umah sendiri. busuk2 pun umah sendiri kan? of course seronok sbb parents sumer ada. tapi tatau la...aku just suka privacy umah sendiri lagi dari duduk umah org lain, walaupun umah mak sendiri. something like that la..ada setengah org lagi suka lepak umah mak dari umah sendiri...tp itu taste memasing la kan...tp sbbkan ada unavoidable circumstances which requires us to duk melepak lelama umah keramat...terima je lah..


Lapoo update. apa yg terbaru ya? oh ya, Lapoo adalah bebek junkie ok. nobody can touch hers (kecuali aku taww..hehehe..serius, kalau aku sentuh dia takkan marah punya, tp kalau amri atau wandad dia yg pegang....haaa...siap kau bengang bengkek menangis tak puas hati tul) dia punya obsessive dan possesive dan compulsive pada bebek tu sampaikan mlm tadi dia ngigau (dia jaaraaaang giler ngigau ok) dok sebut "bebek bebek" pastu gelak2 suka. apadaa??? tergelak aku dengar. pastu pagi tadi terus bangun dari tido dan tanya "papa? bebek?" ya allah...kemaruk suda ini budak...which reminds me nak kena upload lg apps2 baru sbb aku dh naik boring dok dengar benda yg sama diulang dan ulang dan ulang dan ulang....fenin kapla mama....

Wednesday, May 4, 2011

Dah Pindah Tapi Tak Pindah

Hmm...dah pindah tp blum pindah. cemana tuh? barang dah masuk. orgnyer blum masuk. itu la maksudnyer.....nape? sbb on saturday 2 staffs kat melaka tetiba resign serentak. hamsuang btul...so LK terpaksa la pegi sana. dah la sbb cuti kan, so kedai mmg ramai org. sales pun alhamdulillah memberangsangkan, syukur...kami (aku, Lapoo dan Iman) hantar LK ke melaka hari sabtu, tido semalam then esok tgahari baru kami (without LK) gerak balik KL. tapi jem dia....i tell you...masuk ayer keroh je dah start sampai banda hilir dekat 3 jam!! pastu dari hatten parking level 6 turun ke level 1 mlm tu jem jugak dekat 1 jam! ishhh...teruk tul melaka ni kalau time cuti2. anyway, pendek kata apa yg dirancang tinggal rancangan je la. takde jodoh lagi kami nak tinggal kat BC sbb now dok melepak rumah mama dulu :(