Last weekend kononnyer aku nak menghabiskan project wallpaper. Bak kata orang, kita hanya mampu merancang, tapi ….cewahh...dramatis la plak. Anyway, ceritanya begini. Last Saturday, tengah aku napping atas sofa (tak mandi lagi sebab tengah tunggu Adam Lambert nak perform A.I. lambat ngat terus terlelap) dalam kul 12.30pm Mama ngan Papa singgah rumah. Kebetulan ruma sewa derang kat Mawarsari tengah di cat oleh Ah Poo, so datang nak spot check la. Alang-alang tu, spot check rumah aku skali :P Borak-borak sampai dekat kul 2pm baru derang balik. Then, aku buat kerja mengemop dan dusting skit-skit. After that LK pun balik. Tapi kantoi lak ngan dia sebab aku tengah sibuk cuci bilik air waktu dia masuk rumah, aku tak perasan. Needless to say, LK punya la bengang ngan aku sebab aku dok buat housework lagi waktu pregnant. Kalau ikut hati dia, dia tak nak langsung aku pegang kayu mop. Dok bising-bising cakap apa nanti jadi ngan baby tu kalau aku buat kerja berat-berat. Aku cakap takde la berat sangat, aku buat slow and steady. Bukan beriya sangat. Pail pun aku hardly angkat pun. Aku tolak-tolak jer. Bilik air pun aku cuci takde la over gegiler. Biasa-biasa je. Puas la aku defend diri aku (rasa serba salah jugak sebab dah terkantoi..ishh...cemana la mamat ni boleh balik awal skit hari tu...) Tapi masalahnyer nak tunggu dia buat sumer tu lambat sangat. Tapi aku tak cakap la camtuh. Memang dulu aku penah janji ngan dia takmo buat household chores tu, tapi dulu waktu ada commotion bleeding tu. Now ni Dr Andy pun kata dah okay. Dah nak masuk 3rd trimester dah pun. Baby pun dah stabil. In fact, skang ni di galakkan lagi untuk start exercise. Buat brisk walking ke, swimming ke, sumer pun dah boleh asal jangan excessive. So, I’m sure a bit of mopping and dusting and light scrubbing around the house is ok. Bukannyer everyday. Once a week jer. In fact, everytime when I do this, aku akan sweat. Which is good coz considering its one form of exercise. Takkan aku nak duduk je atas sofa makan minum 24/7 kan? Gemuk la makcik! InsyaAllah, everytime aku start buat kerja household aku slalu mintak tolong Tuhan lindungi aku dari mara bahaya. Bukan niat nak derhaka perintah suami, cuma sometimes tu certain things tu kena be a bit realistic. Aku tau LK risau dan tanak harm kan baby, tapi aku yakin Tuhan akan lindungi aku. Nenek aku dedulu tengah pregnant pun boleh lagi banting tulang tuai padi, ok je kan? Tapi benda ni tak boleh la cakap ngan LK, nanti dia marah lagi. Not a good timing. Niat aku pun bukan nak takbur. Jauh sekali. Apa yang boleh di elak, yang rasa bahaya, aku memang akan elak. No doubt. Tapi things yang aku rasa not harmful, aku buat, within kudrat aku. Anyway, lepas dah reda skit, kitorang pun siap-siap gi lunch. Memula aku ingat nak masak, tapi bila issue pegang mop pun dah marah, pegang senduk is out of the question la. No need, we eat outside. Ok boss. Kena ikut cakap dia jangan buat degil ok? Gi NZ makan nasik briyani dan pastu gi my favourite store…Romantika…hehhehe….very shiouk I tell u. Jamu mata tengok pretty pretty flowery stuffs. Then singgah Keramat. Balik before Maghrib sebab LK nak tengok qualifying F1. Whole nite tengok citer tu aku pun then tido awal sebab boring giler…tak suker F1….
Oh ya, aku nak citer lain sebenarnyer, pasal project tak menjadik dok melarat ke citer kena marah pulak. Kan sepatutnya nak buat project wallpaper hari Ahad kan? Tapi tetiba aku cakap ngan LK malam Sabtu tu aku nak bela ikan lagi. Hihihi....aku nak bela dalam bowl kali ni. Hari Jumaat tu aku dah beli 5 ekor ikan laga betina taruk dalam pot besar bunga teratai yang aku taruk kat foyer depan sebab takut jentik-jentik. Aku tengok macam best jer derang dok berenang-renang...so aku ingat nak bela lagi la....LK cakap bowl kecik sangat. Jom kita bela dalam aquarium nak?? Walauweh....lagi la best. Set, esok kita gi Jln Pasar. Yes yes!! Project Aqua, here we come…..so esoknya lepas lunch, kitorang pun pegi la sana. Memborong tak hengat, siap filter, pump, lampu (wuyooo, cantik tau taruk lampu biru kat belakang…hehehhe) pokok-pokok hijau, toys rumah ikan, pebbles, ubat bacteria, ubat klorin, jala etc excited giler parents-to-be nih!! Pastu jeng jeng jeng....the fish! Pilih pilih pilih!!! Macam-macam jenis kitorang beli. Guppy je dekat 15 ekor!! Then ada ikan yang macam tiger, ada yang kaler oren, biru, merah…uihhh!! Tak sangka shopping ikan ni best lar…otw nak balik lak, sempat menyinggah kat satu kedai ni. LK beli koi kecik 3 ekor!! Erk!! Aquarium tak besau mana....tenant punya la ramai!!! Aku kira ada dekat 25 ekor kot?!?! Banyak siot!!! Muahaha….balik tak sabar dah (paling tak sabar ialah LK) terus mengerjakan Project Aqua. Last-last pasang-pasang, isi-isi, taruh-taruh…walllaaaa!!!!! Tanteknyer aquarium kami…ikan berenang-renang dengan gembira...ngan pokok, rumah dia, lampu…sayang takde gambar. Takpe, malam ni aku nak amek gambar. Esok taruk dalam blog ok? Set.
Next weekend sambung project wallpaper yang tak habeh habeh :P